Wednesday, December 29, 2004

Gemilang

Gemilang (2005)



Berjuta bintang menyanyi
Di antara yang satu
Mungkin cahaya dan impianku
Di sini gemilang
Lalu ku redah onak duri dan lautan api
Kemuncak ingin ku tawan
Aku jelajahi ohhh...


Korus:
Kini gemilang itu semakin pasti kugenggam
Gemilang suara keyakinan kian dalam
Gementar harus jangan jiwaku harus bertenaga
Mungkinkah ini menjadi realiti


Bridge:
Lalu kuredah onak duri dan lautan api
Kemuncaknya inginku tawan aku jelajahi
Ohh...
Kini gemilang itu semakin pasti kugenggam
Gemilang suara keyakinan kian dalam
Gementar harus jangan jiwaku harus bertenaga
mungkinkah ini menjadi realiti


Jaclyn Victor

Belum berkesempatan membeli album Malaysian Idol yang pertama ini. Rindu nak dengar lagu ‘Tunggu Sekejap’ itu. Kalau dihayati lirik lagu “Gemilang” ini memang membawa mesej yang positif. Harapnya 2005 akan lebih gemilang dalam hidup kita.

Tuesday, December 28, 2004

Tsunami

TSUNAMI DAN CUTI



Hari ini ‘dalam terpaksa’ aku balik ke CJ. Aku masih bercuti tetapi ada meeting yang perlu aku tangani. Universiti aku ini, universiti swasta jadi faham-faham sahajalah. Kat kampung memang best, banyak yang aku buat tapi aku tak mahu menulis tentang itu.

Pengalaman pelik Ahad 26 Dec amat mendebarkan. Walaupun hanya gegaran yang terasa tapi memang suspen gila. Ingatkan dah nak kiamat ker apa. Sebab kalau itu terjadi tak tahulah nak kata apa. Pukul 9.00 pagi semua benda yang bergantung bergoyang ligat. Kipas angin, tiang rumah bergegar dan air di dalam akuarium berkocak. Ingatkan mimpi sebab memang sedang bermalasan pagi itu. Rupa-rupanya kesan gegaran dan rempuhan Tsunami. Seriau juga …

Macam-macam dengar cerita orang tua. Naga bumi sedang bergeraklah, telur ayam tak akan menetaslah sebab benda ni terjadi. Tapi tragedi ini berlaku tanpa sedikit pun amaran. Memanglah kita tak punya peralatan dan kepakaran untuk mengesan sebarang pergerakan bumi. Malaysia pula selama ini paling aman dan terletak di luar lingkaran gunung berapi. Lagi pun hari itu Ahad manalah ada pejabat yang berkaitan bekerja kan.

Banyak yang telah di baca. Komen orang perseorang tentang pentingnya amaran awal untuk mencegah orang ramai menghampiri pantai kerana gegaran yang berlaku mengambil masa sejam untuk Tsunami menghampiri pantai di Malaysia. If only kita mendapat amaran awal dan maklumat daripada US dan Japan. Pelik pula yer selalunya US negara yang serba serbi tahu tentang apa yang akan berlaku di negara lain. Tapi dilapurkan maklumat yang mereka perolehi tidak dapat disampaikan di dunia sebelah sini. Hari Ahad ler pulak hari tu kan …

Apapun kita perlu belajar dari pengalaman berharga ini. Wujudkanlah dana untuk membeli peralatan dan fakulti yang terlibat melatih tenaga pakar untuk mendalami aspek yang kita belum pernah terfikirkan . Banyak lagi bidang baru yang kita tidak ada kepakaran, walaupun kita antara negara yang termaju di dunia sebelah sini. Nyawa yang terkorban menjadi bukti sesuatu perlu dilakukan.

Friday, December 24, 2004

End Notes

END NOTES


That lady menang Peugeot 307, jeles pak cik. Rezeki orang . Dia mestilah buat slogan tu dengan dahsyat sekali kan? Apa pun tahniah ler Sharmila, ahli ekonomi yang bekerja dengan Bank Negara.

Kalau tang slogan DIA tu pandai tapi segan nak mintak tolong. Beberapa tahun lepas dia menang RM10K dalam satu peraduan Nestle rasanya. Maklumlah my London so – so jer.

Ada 5 round lagi. Macam peluang pun senipis kulit bawang rasanya.


DIA DIA

Dia sakit pneumonia. Rasa macam kesian sangat. Tambah kesian bila dia hantar SMS ini.

Sebelum ujung thn ni ada blk cc x? Teringin nak jumpa ur mother la. Mana tau lps ni x jumpa lg kan.
23-Dec-2004 11:55:32

DIA DIA DIA

We’ve made the right decision, hvn’t we? Thank u, thank u. Merry Xmas, Happy New Year ’05 n all the years to come. Take care n I gonna miss u. Bye.
23-Dec-2004 18:13:22

Kenapalah semua orang yang aku kenal nak pergi. Semua jadi sensitive tiba-tiba. Semua rasa putus harap. Semua jadi melankolik. Mungkin diorang rasa terlalu payah nak berterus terang dan meluahkan apa yang di rasa. Atau terlalu tidak berbaloi untuk memberi dan menerima. Entah apa-apa entah.

Hidup kita ini satu perjalanan menuju kehidupan yang abadi. Tak perlulah berebut itu dan ini . Walaupun kadang terpaksa berebut juga macam NST Words Puzzle tu kan. Tapi bila aku fikirkan balik memanglah pedih bila orang tidak pedulikan kita saat dia bahagia dan bergembira. Bila susah dan rasa terpinggir baru nak datang semula.

Biarlah kita membuat satu nota kaki yang baik sebagai tanda ingatan. Kalau ditakdirkan dia pergi juga. Dia akan ingat “Orang itu bukan sebarangan orang yang boleh disakiti …”.

Thursday, December 23, 2004

Syaitan


Siti Syazwani ... di bunuh. Al-Fatihah.

SYAITAN-SYAITAN YANG TIDAK BERPERI KESYAITANAN



Kadang syaitan lebih beretika di dalam memilih mangsanya. Kadang syaitan lebih tahu malu sebab dia syaitan. Namun bagi syaitan-syaitan ini tiada perkataan yang mampu menggambarkan sikap mereka yang langsung tidak berperi kesyaitanan.

Al-fatihah untuk adik Siti Syazwani. Takziah untuk keluarganya. Ini baru balik mengaji, belum lagi melihat anak dara kita berkebaya nyonya sendat segala. Risau juga mengenangkan adik perempuan aku dan 4 orang anak saudara perempuan aku yang hidup di zaman yang serba kalut ini. Syaitan ada di mana-mana.

Kembali kepada Islam yang syumul.

SUNGAI PETANI: Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang ketika pulang mengaji al-Quran di sini kelmarin, ditemui dibunuh, dipercayai selepas dirogol di ladang sawit berhampiran Taman Rhu, tidak jauh dari rumahnya.Mayat Siti Syazwani Ahmad Dusuki, murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal, ditemui dengan kepalanya terbenam dalam parit sedalam 1.5 meter, kira-kira 150 meter dari rumahnya di Taman Rhu Fasa 3, kira-kira jam 9.15 pagi semalam.Terdapat kesan luka sepanjang tiga sentimeter di dahinya, dipercayai akibat hentakan. Bajunya terselak separuh badan, bahagian bawah berbogel dan seluar dalamnya ditemui kira-kira 50 meter dari mayatnya yang sudah dihurung semut.

Polis dan orang ramai yang melancarkan gerakan mencari sejak malam kelmarin, menemui telefon bimbit bapa Siti Syazwani yang dibawanya dan seluar dalam tersangkut dalam semak, sebelum mayatnya dijumpai tidak jauh dari situ.Keputusan bedah siasat ke atas mayat Siti Syazwani mengesahkan mangsa dicekik dengan dahi kirinya pecah, dipercayai dihentak dengan benda tumpul sebelum dibuang ke dalam parit.Berikutan kejadian itu, polis menahan 14 lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan. Dua daripada mereka dipercayai mempunyai maklumat bagaimana Siti Syazwani dilarikan sebelum dirogol dan dibunuh.Kehilangan Siti Syazwani disedari kira-kira jam 2 petang kelmarin apabila anak bongsu daripada lima beradik itu, tidak pulang ke rumah selepas keluar mengaji al-Quran di rumah jiran tidak jauh dari situ.Keluarganya membuat laporan di Balai Polis Tikam Batu kira-kira jam 7 malam kelmarin dan gerakan mencari dilancarkan polis serta penduduk taman berkenaan, Taman Sri Pinang dan kampung berhampiran.Gerakan mencari yang dilakukan sepanjang malam kelmarin hingga awal pagi semalam gagal menemui mangsa walaupun khidmat Unit Anjing Pengesan dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan beberapa bomoh digunakan.Gerakan itu kemudian disambung semula pagi semalam dengan bantuan dua anjing pengesan dan 35 anggota Batalion Ke 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim dan orang ramai akhirnya berjaya menemui mayat mangsa pada jam 9.15 pagi, semalam.

Sepasukan anggota polis dari Cawangan Jenayah IPD Kuala Muda bergegas ke tempat kejadian dengan dibantu Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Kedah bagi memeriksa tempat kejadian dan mayat mangsa. Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Law Hong Soon turut berada di tempat kejadian.Mayat mangsa kemudian dikeluarkan dari dalam parit berkenaan pada jam 1.30 tengah hari semalam dan dihantar ke rumah mayat Hospital Sungai Petani untuk bedah siasat. Sementara itu, jurucakap polis berkata, dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Taman Rhu Fasa 2 tidak jauh dari rumah mangsa pada jam 10 pagi semalam, polis menahan tujuh warga Indonesia.

Hasil soal siasat ke atas tujuh lelaki itu, polis menahan dua lagi rakan mereka di kawasan berhampiran dan tidak lama kemudian lima lagi lelaki ditangkap, juga berhampiran taman itu.“Hasil tangkapan pertama dan soal siasat ke atas tujuh lelaki berkenaan, dua daripada mereka dikatakan berada di ladang sawit itu ketika kehilangan Siti Syazwani dilaporkan kelmarin,” katanya.Beliau berkata, semua 14 warga Indonesia berusia 20 hingga 40 tahun itu kini ditahan dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas mereka hari ini.

Wednesday, December 22, 2004

Imbasan

IMBASAN 2004



Dalam hidup aku selama ini rasanya tahun 2004 ini cukup mencabar buat aku. Macam-macam benda yang berlaku.Macam-macam kejutan yang singgah. Tepis mana yang boleh dan yang lain hadapi dengan lapang dada. Tup-tup dah hujung tahun. Sudah nak menutup buku lama. DJW edisi ke-3 pun akan muncul. Tak tahulah apa konsep dia . Maybe still kisah kehidupan aku dan apa yang aku harapkan dalam hidup.

Alhamdulillah aku dikurniakan kesihatan yang baik tahun ini. Tak ada satu hari pun aku cuti sakit. Bersyukur sangat. Itulah antara perkara paling berharga dalam hidup. Dikurniakan kesihatan yang baik. Ada juga aku sakit migrain yang tidaklah terlalu teruk sampaikan aku tak boleh bangun.

Tahun ini banyak juga kejayaan yang aku capai. Sudah ada rumah sendiri, yang aku rasa satu pencapaian juga dalam hidup. Walaupun aku ‘ikat perut’ untuk membayarnya hahhaha. Tak pelah kalau tak beli, duit habis juga. Nak tunggu sampai bila? Usia semakin ke maghrib.

6 November 2004 – Kakak aku di Kuantan selamat bersalin anak lelaki . Waktu kelahiran 6.35 petang, bulan Ramadhan. Ini Anak mereka yang ke – 4 dan anak buah yang ke 8 dalam salasilah keluarga kami.

Tahun ini juga Julie kahwin pada 22 November. Majlis yang akan diingati sebab hujan turun hampir sepanjang hari. Tetamu jauh dekat tetap datang, ada satu masa tu nasi kehabisan sebab tukang masak diraja silap bajet, dia ingatkan kalau hujan orang tak ramai datang. Penat sungguh nak uruskan majlis tu. Aku terpaksa cuti seminggu. Semua orang gembira dan majlis bertandang ke Perak pada 2 Disember juga berjalan lancar.

Tahun ni juga aku tahu kisah sebenar tentang DIA. Walaupun dia sorok daripada aku . Akhirnya aku tahu kisah sebenar dia. Walaupun aku tahu dan dapat mengesan benda itu dari mula. Kebaikan dia membuatkan aku terleka juga. Dia memang baik, itu memang tidak dapat aku nafikan. Cuma kenapa dia membohongi aku itu sesuatu yang aku tak boleh terima. Terus terang sahajalah dari mula. Tak payahlah aku nak kumpul bukti dari setiap kata-kata dia itu, sehinggalah aku tahu kisah sebenar. Tak ker kejam namanya tu, meyiksa perasaan orang.

Aku tidak berdendam. Aku tetap doakan dia bahagia dengan apa sahaja yang dia nak lakukan selepas ini. Aku melalui jalan yang lain selepas ini. Walaupun aku tahu dia mahukan persahabatan tapi aku rasa cukuplah. Aku dah penat dan rambut aku jadi nipis kalau nak fikirkan benda ini sahaja.

Aku perlu sayangi diri aku sediri dahulu . Biar aku tamak dan bersikap pentingkan diri sendiri selepas ini. Sebab dah terlalu letih memikirkan hal orang. Ada ker orang yang ingat kat aku masa dia senang, masa dia gembira bergelak ketawa. Rasanya tak ada …

Walaupun aku masih bersendirian tahun ini, juga mungkin tahun depan. Kita tidak tahu apa yang akan terbentang di depan sana.

Berusaha yang terbaik menyelesaikan hal-hal dalaman aku sendiri rasanya lebih berfaedah. Sebab tiada siapa yang akan menolong kita saat kita susah kecuali IBU kita sendiri. Orang lain hanya tolong tengok dan beri nasihat dan kata-kata perangsang. Hanya cukup sekadar itu. Inilah kenyataan hidup yang aku perolehi daripada DIA.

Akhirnya aku bebas daripada mengingati DIA. Aku dah tak emosional bila mengenangkan dia. Rasanya perasaan itu sudah lama mati. Walau bangkainya masih diragui. Sekurang-kurangnya aku sudah sedikit bebas.

Aku temui kawan-kawan baru di DJW. Ada yang sentiasa memberi komen dan mengemail aku ( aku tak dapat sebutkan satu persatu di sini kang ada yang kecik hati kalau aku tak tulis ).


23 December 2004

Aku sambung cuti . Aku nak balik kampung tanam pisang, tanam itu ini dan buat benda-benda yang aku miss nak buat di Cape Coral. Aku nak pergi memancing kat sungai dengan Along. Aku nak belajar membuat ‘tut’ untuk bonsai bunga kertas aku itu. Aku nak plan betul-betul cuti aku kali ini. Aku nak makan masakan ibu aku setiap masa.

Ehhhh setiap pagi aku kena buat NST word puzzle lah pulak. Hishhhh kena juga beronline dengan kroni yang lain untuk compare jawapan. Aku lemah tang slogan, aku ada 2-3 orang yang aku bergantung harap untuk ciptakan keajaiban. Tapi biasalah hal kita manalah orang ada masa hahhahahaha….


Harapnya 2005 akan lebih sukses untuk aku … doakan jerr!

Aku akan cuba mengupdate dari CC. Sebab setiap pagi aku akan ke Tanjung beli newspaper dan minum the tarik dengan mak aku, so aku mungkin boleh beronline kalau mak aku tak boring tunggu aku menulis itu dan ini.




Saat Hilang Cinta mu!

Aku suka lagu ini . Just suka ...

Tuesday, December 21, 2004

2 Sen

2 SEN JER NILAINYA …



Bila dah tak mahu begitulah. Hantar jer SMS kata tak jadi. Bila nak, sanggup bawak semua ahli keluarga berjumpa bakal mertua. Bila hati berbelah bagi hantar SMS jer yang bernilai 2 sen tu kata tiada jodoh antara kita. Kesian aku tengok perempuan tu mesti malu, keluarga dia juga..

Lawa perempuan tu. Orang tu tak nak. Gerenti ramai lagi jejaka Malaya yang berkali-kali sudi. Moga dia dapat lelaki yang lebih baik dan mahu menjaganya hingga ke hujung hidup. Macamana yer kalau benda macam tu terjadi pada kita? Nak saman tak? Kalau kena kat keluarga aku harus saman. Jangan buat main-main benda serious macam ni. Malu wehhh!

Memanglah musim cuti sekolah ni walaupun musim hujan, musim orang berkahwin. Semua pengantin lawa, mungkin tulah kali pertama dan terakhir pakai baju Melayu songket serba lengkap siap dengan keris tersisip di pinggang. Ada orang terlalu sensitive pasal kompang. Mungkin itulah kali pertama dan terakhir (biasanya pengantin perempuan) dengar kompang dimainkan sempena majlis perkahwinannya.

Berbalik kepada perempuan cantik lawa, yang ditinggalkan tunang tu. Memang sungguh tak patut. Semua dah tersedia manalah tak sakit hati. Patutnya wakil pihak lelaki datanglah, walaupun sudah tentulah kena pelangkung barang secuit dua. Bagi bakal pengantin pun kalau tak mahu pun datanglah tunjuk muka dan menyedapkan hati orang yang pernah diberikan seluruh pengharapan serta cinta. Kita tahulah nak dirikan masjid ni memang banyak dugaan. Lebih-lebih lagi kalau lelaki tu popular dan cepat bosan serta tidak tetap pendirian.

Tetapi benda ini ada kebaikan juga. Allah nak tunjukkan yang lelaki itu memang tidak boleh dipakai. Maklumlah pemain bola negeri HH. Adalah lebih baik patah hati sekarang daripada hidup dipersiakan.dikemudian hari. Lebih baik malu sekarang daripada malu turun naik mahkamah nak tuntut cerai atau nak mendapatkan nafkah. Walaupun sekarang ni pihak perempuan menanggung kerugian wang ringgit dan malu tapi mungkin itu sejuta kali lebih baik daripada berkahwin dengan lelaki yang tidak tetap pendirian dan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab.

Aku turut simpati depa berdua tu dah panggil Pa, Ma segala pun tak jadi kahwin jugak. Apa lagi yang panggil aku engkau jerr …

Again apa yang kita tanam kita akan tuai di kemudian hari bukan?

Bagaimana nak tahu bila kita sudah bersedia nak berumah tangga?

Monday, December 20, 2004

Bujangan

Siapa Di Belakang Kejayaan Lelaki Bujang?


Kata Tun Dr. Siti Hasmah dalam ucaptama sempena Konvensyen Persatuan Alumni MMU bertemakan “Di Belakang Kejayaan Lelaki Ada Isteri dan Di Belakang Kejayaan Wanita Ada Keluarga Bahagia.”


Persekitaran dalam rumah yang kondusif membantu lelaki berjaya dalam kerjayanya. Beliau bagaimanapun berkata bagi membolehkan seseorang lelaki cemerlang, dia mesti bebas daripada masalah, berada dalam keadaan selesa, gembira dan segala keperluannya dipenuhi. Keadaan seperti itu mustahil dirasai di pejabat mahupun dengan bantuan kakitangan sokongan terbaik dan pembantu. Dr Siti Hasmah berkata, isteri adalah individu terbaik yang mampu mendorong kejayaan suami sebagai ketua keluarga. Individu yang mampu memenuhi keinginan lelaki, menjadi teman sepanjang hayat, menjadi penyokong dan pelindung serta insan yang menjaga adalah wanita sendiri.


Wanita itulah yang dipilih menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak mereka .Dr Siti Hasmah berkata, perkahwinan adalah sebuah institusi yang berteraskan rasa kasih sayang, timbang rasa dan saling menghargai yang perlu dipelihara setiap pasangan walaupun mereka sudah lanjut usia.Perkahwinan bertunjangkan kasih sayang dan cinta, persefahaman, rasa percaya, setia serta hubungan mengikut konsep 'susah senang bersama'," katanya sambil mengajak pasangan suami isteri memohon keredaan Allah bagi memastikan mahligai yang dibina berkekalan.

Siapa pula di belakang kejayaan lelaki bujangan? Ini pandangan aku …


Ibu bapa dan keluarga yang bahagia serta mantap emosinya. Membesar di persekitaran yang stabil dan masyarakat menerimanya sebagai individu yang dihormati dan dipercayai.


Rakan taulan yang betul arah tujuannya. Rakan-rakan yang juga berjaya dalam kehidupan dapat memandu arah kejayaan lelaki bujang. Kalau dapat kawan yang kaki kelentong atau kaki dangdut. Aura tersebut sedikit sebanyak akan tempias juga. Jadi setelah keluarga rakan memainkan peranan yang penting.


Diri sendiri juga mestilah kebal serta magli dengan persekitaran yang begitu menduga. Punya visi dan misi untuk berjaya dan tahu apa yang diinginkan dalam hidup. Tidak mudah patah semangat ketika menghadapi saat genting dalam hidup. Kerana tidak semua permasalahan boleh dikongsi secara ‘telus’ dengan kawan baik.


Kaki tangan serta rakan sepejabat yang mempunyai ‘standard SIRIM’ juga penyumbang utama kepada kejayaan seseorang bujangan dalam hidupnya.

Yang lain bergantung juga dengan 'NASIB BAIK' . Jika ada semua faktor di atas dan nasib baik juga banyak membantu.

Friday, December 17, 2004

Hamster

HAMSTER & SPIDERMAN PUTRAJAYA



“Apasal nama dia Hamster?”

“Alah depa tu bebudak sebab saiz dia kecik senang nak menyelinap masuk ke rumah orang”

“Spiderman pulak sebab diorang pakar meniti bangunan apartment yang tinggi”.

Kes pecah rumah di Putrajaya berjaya ditumpaskan akhirnya. Siapa lagi kalau tidak remaja kita sendiri . PMR pun tak lepas lagi. Dulu salahkan warga asing yang sibuk membina bangunan sekitar, padahal ‘anak-anak’ kita sendiri yang membuat kerja sambilan ini.

Kawasan Presint 9, kawasan rumah mampu milik di perbandaran Putrajaya. Kalau kita ke Putrajaya kita boleh menentukan taraf pendidikan, jawatan penduduknya dengan melihat kawasan mana yang mereka duduki. Itulah hakikat kehidupan secara umumnya. Walaupun tidaklah 100% tepat. Tapi rumah jenis sebegini dan jenis sebegitu diduduki oleh golongan kelas tertentu. Siapa kata sistem kasta tidak wujud dalam kehidupan moden masa kini?

Ada yang berkata geng Hamster & Spiderman wujud akibat golongan remaja ini menghadapi kejutan budaya setelah ibu bapa mereka berpindah ke bandar serba canggih tapi cukup membosankan ini. Tidak banyak aktiviti untuk mereka lakukan lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah.

Sesiapa yang pernah ke Putrajaya mahupun Cyberjaya pasti dapat merasakan kebosanan hidup di kawasan ini. Memang segala Taman Rekreasi tersedia, begitu juga dengan adanya gedung membeli belah Alamanda yang serba mewah itu. Tetapi sesetengah perkara yang ada di sini tidak terjangkau tangan terutama bagi golongan kelas biasa.

Untuk memenuhi tuntutan hidup yang mendesak dan ketidakmampuan keluarga. Maka gejala-gejala yang tidak sihat seperti pecah rumah dan jenayah berlaku . Amat malang sekali golongan remaja kita tersepit di antara kemodenan dan kebejatan moral di bandar serba canggih dan tersohor bernama Putrajaya.


Samseng-Ahli Fiqir


Samseng, samseng, samseng, samseng
ini bukan zaman samseng
bukan zaman samseng samseng
*tiada tempat untuk samseng
ini bukan cara samseng


Sudah banyak yang ku lihat di depan mata
pecah botol pecah gelas pecah kaca pecah kepala
cara berkuasa siapa gagah siapa perkasa siapa lagi ramai anggota
mana tempat?bila masa?kita jumpa
satu lawan satu
engkau dengan aku
buka butang buka baju
gedebak gedebik gedebuk
kita tunggu siapa yang akan jatuh dahulu


Yang menang akan jadi abang besar
tak perlu gusar
kiri kanan sentiasa ada orang jaga
bila berjalan kepak mula dibuka
jaga jaga jangan cuba merenung mata
amaran untuk semua


dunia ini dia yang punya


Samseng, samseng, samseng, samseng
ini bukan zaman samseng
bukan zaman samseng samseng
*tiada tempat untuk samseng
ini bukan cara samseng


Dan didepan mu berbaris peluang-peluang
tapi tidak mahu pun engkau rebutkan
Berderet-deret sasaran
namun tidak satu peluru pun engkau lepaskan
kerana engkau hanya asyik berjuang
Entah untuk apa dan demi siapa engkau juangkan


Keberanianmu itu adalah
himpunan puluhan anggota bengong
yang sibuk melaungkan suku-suku pantun
serta cogankata kosong


Keberanianmu itu adalah
tubuh-tubuh kaku terdalam
* bergelimpangan
di simpang-simpang jalan yang telah engkau tewaskan


Keberanianmu itu adalah wajah-wajah kamu
yang berbinkan dan berbintikan
si anu dan si polan
terpampang di muka surat depan
ruang2 surat* dipasung kaki dan tangan


Keberanianmu itu adalah anak2 bangsaku
dalam satu ikatan berkongsi kandang
bergelar si banduan


Apa yang kan kau dapat
hanya sorakan kuat
naikkan semangat
setelah bertempur hebat
engkaulah tuah engkaulah jebat
tiada siapa yang akan berani dekat
sampai bila kau nak jadi raja membabi buta
bukalah mata satu hari kau pasti akan jatuh takhta
kehabisan bisa baru kau sedar
mana pergi tuahmana hilang jebat
mana kata semangat
mana kiri kanan guamana kata bersatu
mana isi dan kukumana sehidup semati
mana pergi
argh!! semua janji


Bukan aku hendak mengata
tapi sudah nyata
semakin bermaharajalela
semakin berleluasasatu demi satu
bangsa ku menjadi layu
gugur di medang perang
ciptaan saudara saudara kubagaimana
hendakku jelaskan
pada generasi baru
dunia maju tapi bukan kita nombor satu
dunia serba canggih tapi kita masih menagih
dunia pesat membangun tapi kita masih mengelamun
salah siapa
lain makan nangka
lain kena getah
lain cari cerita
lain jadi mangsa
kerana nila setitik
rosak semua susu sebelanga


Samseng, samseng, samseng, samseng
ini bukan zaman samseng
bukan zaman samseng samseng
*tiada tempat untuk samseng
ini bukan cara samseng

Thursday, December 16, 2004

Toll

TOLL



Majoriti rakyat di negara kita memang telah mangli dengan kadar toll yang dikenakan kepada mereka setelah ‘menikmati’ keselesaan menggunakan lebuh raya. Namun rungutan demi rungutan sering disuarakan di mana perkhidmatan yang diberikan indah khabar dari rupa, kesesakan tetap berlaku di sana sini, jalan yang merbahaya dan sebagainya.

Aktiviti harian kebanyakkan rakyat Malaysia yang bekerja dimulakan dengan membayar toll untuk sampai ke tempat kerja. Kenaikan kadar toll 10% memang membebankan setiap rakyat di negara kita. Kenaikan setiap 3 tahun sekali ini memang memberi kesan yang besar . Jika dikaji pelbagai tariff baru dikenakan dengan kenaikan harga minyak membawa kepada kenaikan segala benda di negara kita. Kenaikan gaji pula tidak seimbang dengan segala kenaikan yang berlaku.

Jika diteliti banyak kesan yang akan berlaku antaranya ;-

- Rakyat di negara kita akan dibebani dengan segala kenaikan harga perkhidmatan yang tidak setanding dengan pendapatan individu.
- Wujudnya sikap terlalu berkira dan individualistik yang akan menjejaskan nilai murni yang ingin di terapkan di negara kita.

Akan sampai ketikanya masyarakat di negara kita terpaksa membayar itu dan ini walaupun hanya hendak menjenguk kampung sendiri. Golongan perantau akan mengurangkan aktiviti balik kampung yang semakin meningkat kosnya. Percutian dalam negeri juga tidak akan serancak dahulu dan pelbagai masalah micro lagi yang akan berlaku.

Aku setuju dengan kata –kata Datuk Mohamad Aziz (BN MP for Sri Gading) “ I guarantee that anyone you ask will say that high toll rates are a burden to the people”.

Perjalanan dari Kapar ke CC, kadar toll sekarang pergi balik RM 9.00 plus minyak kereta RM 10.00 sehari. Sebulan dah berapakan? Setahun then kali sampai umur 55 tahun …


Sekusam Batu-Batu di Laman

Begitulah berakhirnya
Sebuah perjalanan yang panjang
Destinasi ini bukan pilihan
Hanya kita yang menginginkan.
Kasih ini bukan paksaan
Rindu retak menitis di celah dedaunan.

Ku harap siang mampu memadam
Kedinginan semalam yang memedihkan
Ku harap mentari mampu menyinari perjalanan
Tapi cahaya terang di penghujung jalan tak kunjung datang.

Di kau berada di sini, namun jiwamu tiada lagi
Seperti telah lama mati
Selamat tinggal pujaan,berbahagialah bersamanya.

Segala keindahan telah menghilang
Sekusam batu-batu di laman.

AAK
15 Disember 2004
4.50 pm

Wednesday, December 15, 2004

Banjir

BANJIR LAGI BUMI INI



Bila banjir hujung tahun jer banyaklah pihak dipersalahkan. Salahkan parit dan sungai tersumbatlah, pengurusan perparitan yang tak berkesanlah. Manusia sering menciptakan alasan untuk menyedapkan hati. Mesti ada pihak lain yang disalahkan. Sebahagian besar punca kekalutan dan permasalahan di dunia ini adalah akibat kesilapan diri sendiri.

Amat terharu membaca berita kematian sang isteri yang hanyut dalam kereta yang dipandu bersama suami. Sang suami terpaksa membuat ‘executive decision’ dengan menyelamatkan kedua anaknya dahulu. Pada saat-saat sebegitu memang terlalu sukar untuk membuat keputusan. Penyesalan pasti akan menghukum sang suami hingga ke hujung hidup.

Banjir tahun ini dilaporkan paling besar setelah 10 tahun dan yang terkorban juga agak banyak. Allah menciptakan segalanya untuk peringatan manusia maka beringat-ingatlah.

Pengalaman banjir aku ialah di New Village. Masa tu aku mengikuti ‘practical training’ di TNB Bangsar. Sayu jer bila balik jer dari ofis tengok air dah naik dan mengotorkan seluruh rumah. Tikus besar-besar bertenggek di tunggul kayu. Itu pun sebab hujan yang tak seberapa dan boleh mengakibatkan banjir di kawasan tersebut. Tapi banjir di situ datang dia seperti ribut dan pergi seperti itu juga. Itu banjir ala KL.

mal, tahu tak ur blog is #7 for top1000 Personal General websites in Msia...ada kat Nedstat tuh :P”

Ni maklumat yang adik aku si COCO ni beritahu. Macam tak percaya pulak sebab ada gak yang membaca segala hok hek aku dalam ni. Apapun terima kasih pelawat dan sahabat budiman di luar sana. Apalah agaknya yang diorang cari daripada blog ni yer? Maybe my balada life of being single and miserable …

“Every road does not lead to ROME!” (Slovenian Proverb)

“Even the best writer has to erase” (Spanish Proverb)

Tuesday, December 14, 2004

Nyonya Kebaya

THE NYONYA KEBAYA


Aku dah baca buku tulisan wanita pertama kita “The nyonya kebaya : a showcase of nyonya kebayas from the collection of Datin Seri Endon Mahmood”. Setebal 144 muka surat dan dikategorikan sebagai salah satu buku mewah dalam kategorinya. Maklumatnya juga agak terperinci dan menarik untuk dihayati. Model-model yang mengayakan kebaya nyonya ini pun boleh tahan ke “see through”annya. Macam antara nampak dan tidak sahaja walaupun aku boleh nampak.

Memanglah buku tu bercitarasa mewah. Agak informative dengan segala maklumat tentang The Nyonya Kebaya. Kebetulan ianya dilhamkan dengan kepentingan untuk mendokumenkan keunikan baju kebaya yang sungguh berseni itu. Cuma satu sahaja yang agak kurang enak dipandang. Model yang menggayakan baju kebaya itu. Baju kebaja itu jarang amat dan menampakkan coli disetiap baju yang digayakan. Harus kalau JLO pakai untuk anugerah Oscar, pasti jadi berita hangat. Mungkin kalau dia berani( stail penyanyi barat yang tak pakai anak baju). Tapi walaupun ianya untuk Nyonya dan non-muslim. Adalah lebih baik jika model itu memakai anak baju yang lebih sopan. Ya aku lelaki normal ...

Tapi aku taklah nak komen buku ini. Siapalah kita nak memberi komen. Cuma pada pandangan aku yang mempunyai adik beradik perempuan ni. Aku memang tidak akan sama sekali membenarkan mereka memakai pakaian yang sebegini. Menjolok matalah pulak this nyonya kebaya. Sure masing-masing akan menjamu mata benda yang ‘nampak tak nampak tu”.

Kain dia memang jarang dan sulaman itu walaupun begitu indah tetap tidak dapat menafikan yang ianya boleh ‘mengenyangkan mata’ sesiapa sahaja yang melihatnya. Maybe boleh gunakan bahan lain tapi kalau nak follow tradisi pembuatan baju itu memang akan nampaklah. Kebaya potongan lain kalau tidak menggunakan bahan yang jarang itu mungkin boleh dimaafkan.

Apapun aku rasa ‘baju kurung’ pun perlu di komersialkan lagi. Dengan segala kesopanan dan menjaga apa yang perlu disimpan. Nyonya kebaya yang dalam buku itu dan yang di war-warkan di media massa rasanya terlalu advance untuk wanita muslim di negara kita. Terlalu seksi walaupun dia berakar umbikan tradisi kita yang memang sudah macam bubur caca ini.


Monday, December 13, 2004

Rendang

RENDANG KERBAU, ACAR TIMUN


Hujung minggu aku balik CC seperti biasa. Salah seorang ‘Embah’ aku ( pangkat pak cik Mak aku) buat kenduri kahwin juga. Hujan gak walau tak selebat masa kenduri di rumah aku 2 minggu lepas. Aku tak pergi rewang pun. Mungkin ada orang yang kata aku kejam sebab tak pergi kenduri rumah saudara sendiri dan satu tempat pulak tuu.

Aku memanglah kejam … tapi bayangkan ler . Embah tu ada 13 orang anak. Ini kerja kahwin dia yang ke 13 dan last. Aku tolong rewang 12 kali dah, tapi anak-anak dia haram tak mahu tolong bila keluarga aku buat kenduri. Aku pun sibuk macam diorang gak. Lagi satu selepas sahaja aku balik rewang dari rumah dia, most of the time aku demam seminggu kadang tuu sampai tak boleh bangun. Memang kebetulan tapi sedikit aneh … aku tak mahulah benda tu berulang lagi sebab aku ada banyak benda nak settle di ofis.

Ya itulah alasan paling konkrit bila mak aku tanya kenapa tak pergi rewang. Mak bapak aku dah ada menolong sudah ler…

Mak aku jatuh motor lagi, nasib baik tak apa-apa. Itu pun sebab nak pergi rumah Embah tuu .

Jumaat malam, aku nonton Ocean’s Twelve di KLCC then supper di New Village. Aku tahu semuanya walau dia tak bercakap secara terus terang tentangnya.

… BATU-BATU KUSAM DI LAMAN



“Jika suatu hari nanti dia tinggalkan you or you need a shoulder to cry on. You know how to contact me rite? I akan sentiasa ada bila you memerlukan.”

Dia hanya diam. Aku cuba bertindak seperti biasa. Mengunyah setiap kata yang aku lafazkan itu.

Kami tidak terpisah kerana tiada siapa dapat memisahkan erti sebuah persahabatan ini. Lalu dia bersuara dalam getar .

“Janji yer yang kita akan berjumpa lagi …”

“Alah awak tu yang sentiasa sibuk mana ada masa”. Aku cuba bersikap seperti biasa.

“Yelah bila I ada masa .”

Malam itu segalanya telah berubah menjadi lain. Apa yang pernah dimiliki dulu berubah menjadi sesuatu yang asing dan pelik.

Aku cuba membencinya. Tapi semakin aku membenci …


Friday, December 10, 2004

Papyrus



PAPYRUS


Inilah rupanya tumbuhan air yang dikenali dengan nama Papyrus. Kalau aku tersilap kasi tahu. Adalah seorang sahabat tu nak sedekahkan aku anak pokok ini. Katanya senang benar membiak. Kalau diperhatikan taman konsep Bali akan menggunakan tumbuhan ini sebagai salah satu elemen wajib. Aku tengah mengumpulkan tumbuhan air untuk konsep taman Malaysiana yang termasuk juga pokok pakis dan bonsai bunga kertas. Pokok pakis "Toshio" aku dah subur di rumah. Taman Malaysiana aku mengambil semangat "Malaysia Boleh".

Semalam dalam pukul 5.00 petang ‘terserempak’ Siti Sarah tengah perform dalam rancangan Muzik-Muzik TV3 kalau tak silap. Cute jer dia nyanyi, pitching terkawal, sebutan jelas penuh perasaan. Tapi jarang benar dengar lagu dia yang satu ni main kat radio. Aku ada beli kaset dia sejak album pertama dulu, tapi tulah dengar masa drive balik kampung jer.

Tinggalkan Diriku

Di dalam terang , gelap
Siang ku rasa, malam
Sejak kau tiada lagi di sini
Hidup bagai terlalu sepi
Kau tahu, sayu
Lelah aku hanya kerna mu
Masih jua dikau, gagah melangkah pergi
Berperang aku dengan diri sendiri.

Apakah salah ku kali ini
Ingin kau hokum seperti ini
Walau sebaris ayat katakana padaku
Andai ku tahu sedari dulu
Takkan ku terus menyayangi mu
Akhirnya kau yang ku cinta tinggalkan diri ku.

Ku sangkakan kau cinta
Harapan ku agar kita kan tetap bersama
Kan terus bahagia bukan berpisah begini
Selama-lamanya.

Apakah salah ku kali ini
Ingin kau hukum seperti ini
Hanya sebaris ayat katakan padaku
Andai ku tahu sedari dulu
Takkan ku terus menyayangi mu
Pedih bila kau yang ku cinta
Tinggalkan diri ku
Andai ku tahu jadi begini
Takkan ku simpan dikau di hati
Akhirnya kau yang ku cinta
Tinggalkan diri ku
Di dalam terang, gelap
Siang ku rasa, malam.

Lagu & Lirik : Aidit Alfian
Penyanyi : Siti Sarah


Masa solat Jumaat nanti nak berdoa banyak –banyak. Mencari ketenangan dan keredhaan dariNya. Aku sudah mula menerima sebahagian dari hakikat hidup yang telah terpeta sebegitu rupa.

Thursday, December 09, 2004

Teknik Penyamaran Sesumpah

TEKNIK PENYAMARAN SESUMPAH



Sajer jer letak this title ni, macam best pulak. Malaysia jatuh tempat ke –36 dunia negara yang best dan paling selamat untuk diduduki. Dikalangan negara Asia Malaysia jatuh tempat ke-6 dan Singapore tempat pertama. Manalah tak bestnya tinggal di Malaysia ni macam-macam ada. Kalau tak, takkanlah Bangla tu semua berebut nak kerja di negara kita.

Rasanya orang-orang tempatan paling tak ambil port pada kaum pendatang. Mereka pulak yang besar kepala kadang tu. Lebih malang boleh buat sesuka hati dan kita pandang dari jauh jer. Kalau ikut sejarah lagilah sakit pankreas kita nak mencerna fakta yang ada. Inilah Malaysia yang tercinta dengan segala warna dan teknik penyamaran sesumpah yang ada, kita sudah merdeka 47 tahun.

Kalau diberi pilihan negara mana aku nak bermastautin. Aku tetap pilih Malaysia, walaupun ke sana ke mari kena bayar tol( tol semakin naik setiap tahun), walaupun semua benda semakin mahal dan harga kereta import tak jugak turun-turun selepas AFTA, walaupun gaji aku tidak dibayar dengan dollar atau pound, walaupun aku ni bekerja dalam bidang yang orang kata ‘typical malay’ punya bidang, dan banyak lagi benda hebat lain di negara lain yang tidak dapat merampas takhta Cape Coral de Malaysia ini.

Sawah luas terbentang, kicau burung dan angin bayu bertiup lembut. Di situlah ayah serta bundaku ….

Pagi tadi mak cik guard kat ofis aku ni menangis mintak tolong nak pinjam duit. Aku rasa dia tahu aku ni jenis yang tak sampai hatikan. Aku Bantu setakat yang aku mampu walaupun komitment aku ni pun banyak lagi dan memeningkan kepala. Sebab aku berharap, di masa yang lain, di hari yang lain kalau aku sendiri susah harapnya adalah orang yang membantu aku, juga adik beradik dan keluarga aku.

Ini pun kena masuk dalam mengapa Malaysia tempat paling best di dunia untuk di duduki!


The beginning of health is to know the disease (Spanish Proverb)

Wednesday, December 08, 2004

Kutu

KUTU


Baca kenyataan Tun Dr. M, “Harga minyak tidak pernah naik, apa yang berlaku ialah kejatuhan matawang dolar. Inilah padahnya bila dunia terlalu bergantung kepada dolar”. Kenyataannya jelas dan padat. Senang nak faham dan tidak berbelit-belit dan mengkonfiuskan Mak cik Timah dan Pak Abu Deraman serta ramai lagi orang lain. Dulu orang tak faham apasal nak tarik balik subsidi minyak bila harga minyak naik. Maklumat perlu di sampaikan dengan cara yang paling mudah dan berkesan.

Tapi PM lantas menjawab, “Kejatuhan nilai matawang dolar bukanlah sebab utama. Kita tak perlu terburu-buru menukar urusniaga kita dalam Euro dan Yen”. Macamtulah :)
-----------

Pernah tak kita berasa benggang bila orang tidak faham apa yang cuba kita sampaikan? Kita dok lah menjeruk rasa tapi dia buat tak tahu jer. Bodoh rasanyakan camtu. Mungkin dia sudah tahu taktik kita dan dia juga pandai membiuskan diri. Aku yang mati kutu sensorang diri. Rasanya kutu pun tak ambil pusing hal-hal aku ini.

Drink nothing without seeing it; sign nothing without reading it (Spanish Proverb)

ALLAH
By Jalaluddin Rumi

I tried to find Him on the Christian cross, but he
Was not there; I went to the temple of the
Hindus and to the old pagodas, but I could not
Find a trace of Him anywhere.

I searched on the mountains and in the valleys
But neither in the heights nor in the depths was I
Able to find Him. I went to the Ka’bah in Mecca,
But He was not there either.

I questioned the scholars and philosophers but
He was beyond their understanding.

I then looked into my heart and it was there
where He dwelled that I saw Him; He was
nowhere else to be found.

Tuesday, December 07, 2004

Kisah Seorang Teman

KISAH SEORANG TEMAN


Dalam Carta Era semua lagu student AF yang conquer. Just kedudukan dia macam naik turun, minggu ini kau jadi juara esok lusa pak cik tu pulak. Kat radio lain tak pulak camtu, lagu-lagu depa tak pulak tersenarai. So aku nak buat pengkisahan apa ni? …

Hari raya dia tak datang ke Cape Coral tapi boleh beraya serata alam . Aku diam jer sebab aku tahu dia memang camtu. Dia buat open house tak jemput aku pun. Aku still maintain tak mahu kata apa, sebab kalau aku buka mulut pun dia bukan faham apa yang aku cakap. Banyak benda yang dia raikan dan buat tanpa aku … most of the things yang dia buat dia tak pernah refer kat aku. Aku still bersabar dan tak mahu bising. Aku tahulah aku tak punya ‘privileged card’ macam seseorang tuuh.

Seminggu dua, sebulan dia tak hubungi aku pun aku boleh tahan nafas. Entahlah apa yang dia fikirkan, tapi kadang aku ‘rindu’ nak bertengkar dan bertekak macam selalu. Tapi aku tahu banyak sekali miscommunications yang berlaku. Bandwidth tak sama. Aku guna jalur lebar dan dia masih dial-up nyer style.

Aku semakin tak faham bila akhirnya dia ajak aku nonton wayang. The only thing yang kami buat bersama ialah menonton wayang. Itu pun kali terakhir bulan 6 dulu. Keistimewaan itu ditarik balik bila si dia rajin beli VCD dan nonton kat skrin besar TV dia yang harganya menyamai sebuah kancil itu. Aku rasa dia pun rasa bersalah sebab selalu mengenepikan aku dalam urusan hidupnya. Tiba-tiba aku rasa penting pulak dalam hidup dia or aku hanya terperasan penting?

Aku malas nak kata apa-apa . Aku belum buat keputusan lagi. Orang boleh buang kita sesuka hati dan kutip bila diperlukan? I’m not that low!

Aku tak tahulah jika dia sahabat sejati atau dia kehilangan seorang sahabat yang amat taat setia seperti aku ini. Hey! Aku selalu mendoakan dia bahagia.

Kesimpulannya hidup jangan sensitif sangat. Hargai setiap peluang dan saat yang Allah kurniakan. Walaupun semua itu takder maknanya lagi tapi pasti ada sesuatu yang paling berharga dalam dunia ini yang masih tinggal iaitu PERSAHABATAN. Don’t lose time. Make the most of every second because you never know what will happen this afternoon let alone tomorrow.

Man’s life is like a drop of dew on a leaf ( Slovenian Proverb).

Monday, December 06, 2004

Apa?

ENTAH!

Hari Khamis 2 hb Okt 2004, majlis bertandang ke Sg Siput berlangsung. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan semua orang gembira. Pengantin perempuan pun tak rasa sedih kena tinggal di rumah mertua. Berakhirlah satu episod kenduri kendara yang cukup memenatkan.

Hari ini mula kerja semula dengan bersungguh hati. Banyak benda yang perlu aku siapkan kalau tak kang nahas jer. 23hb aku kenalah bercuti balik sehingga tahun baru 2005.

Sabtu aku jumpa pak cik tu akhirnya. Thanks rumah baru kau memang ‘class’. Now I know kenapa awek(s) tu semua takut naik kereta merah kau …ahaks.

Tengah dengar lagu “Awan yang terpilu”, Ning Baizura.

Wednesday, December 01, 2004

Hijau

KU LIHAT HIJAU


Hari Isnin aku lunch dengan bos dan kengkawan ofis yang lain di Verandah, Cyberlodge. Aku tidak heran sangat tentang apa yang aku makan. Tapi masa aku makan tu meja aku memang betul –betul mengadap taman air dia yang cantik. Tempat tu memang begitu hebat dari segi sentuhan laman. Air pancur dan pokok Paku Rawa yang tumbuh meliar di kolam. Sungguh indah dan mendamaikan sekali.

Banyak sekali pokok-pokok yang biasa menjadi begitu menarik jika lanskapnya diuruskan sebaiknya. Aku memang gila pokok. Aku boleh terpegun dan merenung sesuatu pokok itu berjam.Mungkin kalau aku mengambil jurusan botani aku boleh pergi jauh dalam kerjaya aku. Itu pun kalau… Rasanya banyak lagi tumbuhan hutan yang tidak kita ketahui mempunyai nilai komersial atau setidaknya boleh menjadi identity negara kita. Pokok Tanduk Kijang misalnya kalau di komersialkan dengan teknik pembiakan moden pasti mendapat sambutan hangat. Entahlah aku sekadar suka dan minat. Tidak dapat menyumbang apa-apa pun.

Hari ini sudah masuk bulan Disember. Banyak benda-benda menarik di bulan Disember ini antaranya yang paling aku nantikan ialah :

1. Edisi Laman - Impiana, ya majalah itulah. Setiap tahun editorial mereka akan mengeluarkan edisi khas khusus untuk laman. Tahun ni laman yang ditampilkan serba mewah dan mengancam. Sungguh bertuah mereka yang dilimpahi rezeki dan dapat menghasilkan laman yang cantik dengan kos yang berbaloi juga. Beberapa tahun lepas Impiana ada menampilkan sebuah taman hebat dari Sabak Bernam kalau tidak silap. Penggunaan ruang yang terhad dan bahan terbuang rasanya lebih dinantikan untuk golongan ‘biasa’ dalam menghasilkan taman yang tidak kurang hebatnya. Apa yang penting untuk sesebuah taman ialah hubungan cinta manusia dan tumbuhan itu.


2. Cuti, Cuti, Cuti – Menghabiskan baki cuti yang ada sebelum hujung tahun. Kerja biasanya dalam masa 2 minggu sahaja.


3. Bonus? – Hujung bulan kalau ada rezeki dapat bonus. Tahun ni berharap jugalah.


4. Azam tahun baru – Sediakan ‘target setting’ untuk diri sendiri . Apa yang nak digapai untuk tahun depan. Azam tahun ini alhamdulillah 70% tercapai.

Menonton Juara Lagu Balada Separuh Akhir semalam, suka sekali melihat Siti Sarah menyanyikan lagu “Saat Hilang Cintamu” dengan begitu mantap sekali. Tapi dia gagal ke peringkat akhir. Ini penyertaan dia kali ke-2. Aku tonton di PC aku di ofis melalui cybermedia kami.

Hidup yang indah …


Di Wajahmu Ku Lihat Bulan

Di wajahmu kulihat bulan

Yang mengintai di sudut kerlingan
Sadarkah tuan kau di tatap insan
Yang hauskan belaian

Di wajahmu kulihat bulan
Menerangi hati gelap rawan
Biarlah daku mencari naungan
Di wajah damai rupawan

Serasa tiada jauh dan mudah dicapai tangan
Ingin hati menjangkau kiranya tinggi di awan
Di wajahmu kulihat bulan
Bersembunyi di balik senyuman
Jangan biarkan ku tiada berkawan
Hamba menanti kan tuan


Maman [OST - Perempuan Melayu Terakhir]


Tuesday, November 30, 2004

Word Puzzle

WORD PUZZLE

Hidup aku menjadi seperti “word puzzle” sekarang ni. Melihat dari pelbagai sudut demi meneka maksud yang tersirat.

Kadang aku menjadi terlalu benci dan marah sebab aku tidak boleh membencinya. Ada huruf-huruf yang hilang . Ada perkataan yang sentiasa tersembunyi dan aku gagal mentafsir maksudnya.

Ada yang berkata buat apalah membuang masa mencari perkataan yang tersembunyi itu sedangkan aku boleh sahaja membiarkan sahaja ia menjadi misteri.

Aku memilih untuk melihat apakah perkataan yang tersembunyi itu. Ianya membuatkan aku puas dan boleh tidur dengan lena bila memdapat jawapannya.

Monday, November 29, 2004

Dalam Gerimis itu

DALAM GERIMIS ITU!


Jumaat 26 November 2004

8.57 Bertolak ke Masjid di Kuala Selangor untuk majlis akad nikah Julie. Pengantin perempuan sampai awal dan tension menunggu . Pukul 10.00 barulah mereka sampai dan dengan 2 lafaz pada detik 11.15 segalanya selesai. Sebuah masjid terbina, syaitan menangis meraung.

Sabtu 27 November 2004

'Rewang', semua orang kampung ada. Jiran – jiran yang tidak tidur malam memasak juadah . Tuan rumah ‘tidur mati’ , mereka bertungkus lumus buat kerja. Masa kita pulak berehat. Begitulah hidup di kampung. Wang tidak dapat membeli segala keikhlasan dan budi baik mereka ini. Terima kasih yang hanya mampu di hulur.

Tetamu datang silih berganti semenjak petang Jumaat lagi.

Ahad 28 November 2004.

Pengantin melangkah dalam gerimis manja pada tujahan detik 2.33 petang . Segala penat lelah terbalas. Jalan becak dan dingin udara menampar mesra kegembiraan dan melepaskan segala yang ditanggung bertahun. Anak perempuan mak dan ayah juga adik perempuan kami menjadi miliknya pula.

Hujan yang mencurah dan keriangan saling bertingkah. Kebahagiaan adalah milik sesiapa sahaja yang berusaha mencarinya.

Aku letih teramat …

Tuesday, November 23, 2004

Tangga



TANGGA-TANGGA KE PINTU BAHAGIA



Masih mood raya. Boss aku pun tak carik aku di ofis. Kebanyakkan staff masih sibuk membuat ulasan raya masing-masing. Balang kuih raya sentiasa bertukar tangan. Kerja di ofis masih gitu-gitu jer. Takder projek besar yang perlu diuruskan sangat. Kerja aku mungkin kerja ‘typical malay’ yang tak banyak risiko. Tapi aku rasa ianya berbaloi dengan tahap kebebasan yang aku miliki di samping staff sokongan yang amat efisen yang membantu. Sesuai dengan gaji yang aku perolehi. Kalau di bayar 5K sebulan aku perlu bekerja seolah-olah dibayar 15K. Jadi apa yang aku buat ikut harga pasaran semasa. Kalau di bayar harga kacang, aku bagilah sebegitu juga. Boleh dengar MP3 24 jam tak kisah. Masa happy dan tak banyak benda bolehlah bersilang kaki kan? Masa sibuk jangan di tegur …

Cabaran atau kerja yang mencabar? Aku kerja makan gaji kalau orang lain di bayar gaji yang sama dan buat benda yang sebegitu. Aku buatlah, masing-masing ada specific job descriptions dan assistant manager di sini pun ramai. Rasanya kalau ada sistem siapa kerja lebih boleh dapat gaji lebih mahu akau berlumba-lumba membuat yang terbaik. Aku bukan kerja dalam bidang sales, jadi aku tak peduli itu semua. Asal segalanya siap dalam masa yang diperuntukkan dan ikut target aku rasa dah memadai. Bukan tak boleh kerja ektra miles, tapi buat apa? Rasanya apa yang aku buat boss aku puashati dan aku dapat kenaikan gaji yang sewajarnya. Banyak sudah projek yang aku buat di luar bidang kuasa aku. Aku tak mahu tamak dalam mengejar sesuatu. Mesti ada plan perlaksanaan yang berkesan. Aku sendiri tentukan apa yang aku nak buat setiap hari berdasarkan kekuatan yang ada ( kakitangan dan kemudahan yang ada).

Esok aku bercuti semula. Mungkin kalau aku free aku singgah di ofis untuk baca email atau baca email di mana-mana CC. Aku boleh akses email ofis aku di mana-mana. Lepas tu aku kena lihat berapa baki cuti aku dan buat cuti wajib hujung tahun. Bulan 12 memang aku tak buat kerja sangat. Ya macam makan gaji buta jer. Tapi dah itu kehendak majikan nak buat macamana pulak kan? Kadang aku terfikir juga, betapa beruntungnya manusia yang bernama Mal ni. Alhamdulillah …

Hujung minggu ni 28hb Julie akan disatukan dengan Nizam. Sahlah dia akan menjadi ahli keluarga kami. Welcome to our family Nizam. Aku memang tak banyak cakap. Julie akan duduk di rumah aku di Klang. Aku tak kisah. Tapi aku dah letakkan syarat-syaratnya sebab aku juga nak jadikan rumah di Klang, rumah hujung minggu aku. Aku kena tentukan apa yang boleh di bawa masuk apa yang tak boleh.

Dulu aku ingat nak membina kehidupan aku di rumah itu. Tapi aku tak dapat melaksanakan mimpi aku itu. Kadang bila aku lihat lampu-lampu yang bergantungan di rumah itu aku jadi sedih . Maybe kalau ada rezeki lain aku nak beli rumah di area Putrajaya sahaja. Kalau ada rezekilah …

Man cadangkan rumah di Klang diberikan sahaja kepada Julie untuk sambung bayar dan aku beli rumah lain di area aku bekerja. Nantilah aku fikirkan, tengoklah setahun dua lagi macamana dan sebelum aku mencecah 35.



TANGGA-TANGGA KE PINTU BAHAGIA

Mana silapnya arah yang aku jejaki
Yang ku temu hanya pintu sepi
Dalam keriuhanku rasakan kekosongan
Jiwaku dahaga kasih sayang

Masih tak bertemu
Yang ku cari dulu
Hati masih berlagu
Dalam langkah perjalanan terkeliru
Hilangnya arah tuju

Sungguh lama terpisah pandangan
Sejak detik akhir pertemuan
Jauh meninggalkan dirimu dan diri ku
Terpisah bersama waktu

Sejauh mana sekali pun aku berlari
Ingatan padamu menghantui
Aku tak mengerti
Dan tidak ku mampu lagi’
Menahan gelora hati ini

Ingin aku kembali ke jalan yang dulu
Aku rindu padamu
Moga dibukakan semua pintu-pintu
Untuk ku bersamamu

Ingin aku mendaki semula
Tangga-tangga ke pintu bahagia.
Mencari cahaya
Cinta yang sebenarnya
Antara aku dan dia …

Alleycats


Lagu ini best sangat … liriknya begitu kena dengan jalan hidup aku. Kalau sesiapa rindu kat aku. Dengarlah lagu ini. Download ler kat Jakionline.net tuuh . Doakan segalanya berjalan lancar. Jumpa lagi bila aku balik bercuti nanti. Kalau aku free nanti aku update.



Monday, November 22, 2004

DuA Kaki Lagi Ke

DUA KAKI LAGI KE



Semalam pukul 6.22 semasa aku memandu ke Banting, Radio ERA mainkan lagu Anuar Zain “Sabarlah Sayang”. Berkurun aku minta ERA mainkan lagu ni akhirnya dapat dengar juga. Dulu aku kutuk cara Anuar Zain menyanyikan lagu ini. Tapi bila di dengar dengan lapang dada rasa best juga.

Tadi topik pagi di ERA pasal pembuli jalan. Masa raya last week aku sendiri mengalami peristiwa ‘pahit’ ini. Aku tak apa-apa tapi orang tua aku yang trauma. Masa tu aku tengah mencari-cari rumah sedara aku di Bukit Badung. Tahun lepas rumah dia rumah kayu tahun ni plak mengalahlan “Palace of the Golden Horses” manalah aku perasan. Kami pulak saudara yang baik, setahun sekali jer bertandang. Rumah yang di cari tak jumpa-jumpa dan aku pula tak perasan sudah masuk satu simpang di jalan utama yang tak besar mana.

Aku perasan yang kereta itu agak jauh lagi. Untuk menambahkan nilai dramatik si pemandu tu buat aksi membrek tahap 2 kaki lagi ke pintu neraka. Aku ingatkan sebab tiada berlaku kemalangan aku hanya angkat tangan dan berlalu pergi. Tapi dia tidak puas hati. Aku lihat dia keluar kereta dan memaki hamun. Aku pandu slow dan tak hiraukan dia.

Aku terus memandu dan sampai di rumah saudara aku. Entah datang dari mana kereta tadi juga follow kami di belakang dan keluarlah seorang akak dan suaminya. Biasalah aku kena marah tahap cipan nak terberanak. Aku tak keluar kereta dan biarkan dia melalak di depan rumah orang. Akhirnya mereka berlalu pergi dengan perasaan ‘puas hati’ sebab dah ada orang yang dia nak marah. Aku perasan akak tu mempunyai hobi memarahi orang sebagai aktiviti masa lapang dia. Kalau tidak takkanlah mereka beriya mencari kami dan turut sesat ke sana-sini kalau tiada urusan penting yang lain.

Memang sesetengah orang tidak akan memberi peluang atau memaafkan kesalahan orang lain begitu sahaja. Aku mengaku yang aku sedikit terlajak kereta sebab aku tahu yang jarak itu masih selamat. Tahu sahajalah simpang di kampung kanan kiri penuh dengan gutan hujan tropika yang menghalang kita melihat kiri dan kanan dengan jelas, tup-tup dah berada di tengah jalan atau simpang yang lain.

Memang ada orang yang suka memarahi orang lain dengan teruk jika ada peluang. Tapi tunggulah kalau dia bertemu buku dengan ruas. Masa tu kalau aku tak bawak parents aku dalam kereta aku tu mahu jer aku sound balik. Namun mengenangkan yang aku banyak benda lain yang nak difikirkan. Aku tak mahulah memanjangkan hal tersebut. Takut pula kalau mereka keluarkan parang ker apa kan. Rasanya tindakan aku berdiam diri dan tidak keluar dari kereta membuatkan mereka malu sendiri. Aku dapat membiuskan emosi aku dengan baik masa tu. Seorang pemandu teksi pernah melanggar kereta aku dengan teruk di KLIA tapi akau tak lah marah seperti orang hilang akal. Kita perlu tangani masalah tersebut dengan tenang dan fikiran yang waras. Semuanya akan berjalan lancar. Rasanya orang itu pun tak minta maaf ker apa dengan aku. Kemalangan siapalah yang nakkan ianya berlaku kan?

Friday, November 19, 2004

Dam Dam Dum

DAM DAM DUM BUNYI MERCUN



Raya ke-6 dah hari ini. Aku balik ke Cyberjaya sekejap sebab nak perbaharui road-tax dan insurance kereta. Aku terlupa yang road-tax aku tamat esok dan aku dok ingat bulan depan.

Raya di CC meriah. Aku dan kerabat main mercun puas-puas. Mercun roket berdentum-dentam di tengah sawah. Cantik jer lapang sasar kita orang tahun ini. Padi dah dituai jadi tak takut berlaku kebakaran atau apa. Jiran tetangga pun agak jauh so tak der hal orang nak marah ker apa.

Setiap kali mercun tu bergegar di udara aku rasa puas sangat. Rasanya masalah aku turut meletup sama di angkasa membentuk gegaran yang maha hebat. Kalaulah kebahagiaan itu boleh dibeli aku sanggup berhabis membelinya. Tapi tidak semua benda boleh di beli dengan wang ringgit. Tapi serious aku happy raya kali ini walau aku memang takder mood nak beraya pada mulanya.

'Baraan' was great dan oleh kerana next week kenduri Julie so Mak dan bapak aku menjemput sedara mara untuk kerja kahwin Julie. Sambil beraya sambil menjemput mereka ke rumah. Penat memanglah penat. Sedara mara aku kebanyakkannya tahap mak datin dan datuk. Jadi layanan depa lain sedikit tidak boleh berlebih kurang. Kalau tak dijemput sendiri mereka akan kecik hati.

Aku cukup kesian dengan mak bapak aku tuu. Kepenatan mereka nak fikir itu ini. Seksa sebenarnya nak buat kenduri kendara ni. Sebab itulah aku tak mahu ‘menyusahkan’ mak aku buat kenduri kahwin aku nanti. Tak perlu rasanya dan kalau ada nanti tak perlu buat secara besar-besaran. Tapi kalau buat kenduri di kampung kecik ke besar, jiran tetangga kena dijemput nanti apa kata mereka pula. Belum ada lagi yang buat style catering jer di kampung aku. Kalaulah aku yang mulakan nanti, mahu 7 keturunan aku kena kutuk dengan orang kampung.

Aku tahu dia beraya dengan siapa dan di mana tahun ini. Aku tahu dia teringat kat aku juga. Aku tahu dia mahu aku menjemput dia datang ke rumah aku tahun ini. Aku tahu dia berharap kami akan berkawan baik semula, walau hanya kawan. Setiap kali mengenangkan dia aku bakar mercun roket. Berdentum dan bergegar di tengah malam yang pekat. Walaupun letupan itu hanya sekejap tapi aku puas. Sekurang-kurangnya aku tahu dia telah tiada walaupun dia ada di mana-mana sahaja setiap masa.

Aku menjadi singa yang menanti masa untuk membaham tiap patah katanya setiap kali dia bersuara. Aku mahu dia benar-benar terseksa dengan segala perbuatannya kali ini. Aku memang kejam dan keadaan membuatkan aku begitu. Aku tahu dia serba salah.

Kita tidak boleh memiliki segala yang kita mahu di dalam hidup ini serentak. Tapi dia tak faham dan buat-buat tak reti tentang itu. Dia kena membuat pilihan mana satu yang dia mahu dalam hidupnya.

Aku memilih untuk menyambung cuti hingga 4 Disember 2004. Baki cuti aku banyak lagi. Aku akan terus bercutian dan bermalasan lagi selepas ini.


Aku mengharapkan keajaiban berlaku, tapi yang aku dapat hanya gegaran mercun roket sesaat dan hilang ditelan gelap malam.

Wednesday, November 10, 2004

Selamat Hari Raya



SERIBU KEMAAFAN



Syawal 1425 sudah semakin hampir di muka pintu menutup Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Sesungguhnya masa begitu pantas berlalu.

Dikesempatan ini saya ingin memohon kemaafan jika ada tulisan atau gurauan yang tidak disengajakan melukakan hati dan perasaan.

Maaf jika saya mengambil masa emas saudara dengan membaca catatan yang entah apa-apa ini setiap masa.

Maaf juga jika tulisan saya tidak memberi apa-apa makna atau gagal memberikan ilmu baru saban waktu.

Seribu kemaafan andai ada hati yang disakiti, persoalan tidak terjawab atau layanan yang tidak sepertinya.

Apapun panjatkanlah kesyukuran kerana kita telah berjaya menempuhi dugaan dan cabaran di Ramadhan ini dan Syawal yang penuh kenikmatan sedang menanti kita.

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN”

Kecil mungil berwarna
Warna warni terangi alam
Sentuhan karya indah
Jika tergambar baik

Mata hati melihat
Kau sangat istimewa
Terbang melayang layang
Menari hinggapi bunga bunga

Kupu kupu jangan pergi
Terbang dan tetaplah di sini
Bunga bunga menanti mu
Rindu warna indah dunia

Anak kecil tersenyum manis
Pandang tarianmu indah
Bahagia dalam nyanyian
Kupu kupu jangan pergi

Melly Goeslow – Kupu Kupu

Tuesday, November 09, 2004

Pecah Kaca

PECAH KACA PECAH GELAS


Zaman pantun pecah kaca pecah gelas sudah berlalu. Pos Malaysia sudah bertahun tidak buat pengumuman tarikh akhir menghantar kad raya. Orang lebih sibuk carik sampul duit raya di bank-bank daripada beli kad raya. Sekarang ni kalau dapat kat raya feeling dia semacam.

Sahabat handai sudah tak reti nak hantar kad raya. Masing-masing hantar sms dan call sahaja. Betapa teknologi menganjakkan kita ke satu era yang lebih dinamik. Memanglah maksud dia sama sahaja. Menyampaikan ucapan sama ada online atau bercetak. Namun impak dia agak lain.

Nostalgia mendapat kad raya dari sahabat handai sudah berlalu. Hidup kita semakin mudah dan kita melupakan satu perkara yang pernah kita lakukan penuh nikmat. Membelek kad raya dan kata-kata yang tertulis . Paling penting ingatan dan betapa susahnya seseorang itu berhabis tenaga mengingati kita dengan sekeping kad raya.

Sekarang kad raya dari organisasi , syarikat dan supplier terlalu plastik. Kadang tidak bertandatangan pun, cuma di stamp dengan nama. Ringkas dan hilang serinya.

Aku tidak mendapat kad raya daripada dia. Cuma berkali –kali dia call dan mengucapkan Selamat Hari Raya dan mohon kemaafan. Walau banyak mana gelas yang pecah di hari Raya ini , ianya tidak akan sama dengan masa lalu yang kita tinggalkan.

Kenangan tetap melekat indah sebagaimana kita pernah melalui detik itu.

“You need to do something with your weight?”

“Apasal bertambah kurus sekarang?”

Aku hanya terdiam sebagaimana aku memandang malas pada serpihan kaca yang berserakkan saat segala kenangan itu seakan menikam hati aku sendiri.

Gulps …

Aku sedang berpuasa dari mengingati dia.

Monday, November 08, 2004

PUSARA DI LEBUH RAYA


“Saya nasihat anda, merayu anda, berhati-hatilah. Saya harap anda tidak membuatkan saya menangis,” Pak Lah.

PM kita memang penyayang. Tapi awas pula dengan tindakan yang bakal dikenakan kepada pesalah trafik yang melibatkan kemalangan.

Mencadangkan supaya lesen memandu mereka yang terbabit dalam sebarang kemalangan jalan raya, ditarik balik dan disimpan oleh polis daerah tempat kejadian itu berlaku selama dua minggu.

Dalam tempoh itu, pemandu berkenaan tidak boleh memandu dan selepas itu, mereka hanya boleh mendapatkan semula lesen memandu di balai polis yang sama.

Pemandu berkenaan juga hanya boleh membayar kompaun kesalahan mereka di balai polis itu, bukan di balai polis tempat lain seperti diamalkan sekarang.

Mereka juga tidak boleh memohon lesen memandu di tempat lain dalam tempoh itu kerana rangkaian sistem maklumat semua pejabat pentadbiran berkaitan jalan raya dihubungkan antara satu dengan lain.

Memandu Malaysian Style memang memeningkan.

Macam tiada hari lain dan tidak boleh tunggu sedetik seperti dikejar hantu. Celuk selagi boleh.

Pemandu berhemah dikatakan tidak cekap dan lembab. Memandu dengan tekun belum tentu selamat. Kesilapan orang lain boleh membahayakan nyawa kita juga.

Jalan raya yang berlubang di sana sini akibat naik taraf jalan membuatkan pemandu panas hati tidak boleh silap sikit pasti mencarut di sana sini.

Kenderaan yang uzur dan dipandu oleh warga emas atau orang yang tahap penglihatan dia kabur terutama di waktu malam dan semasa hujan amat membahayakan. Harus ada sticker di belakang kereta mereka “Saya Pemandu Rabun Tolong Jauhi Kereta Anda atau Jangan Follow Saya!”.

Kalau jalan selorong memang pening bila ada pemandu rabun nih. Kereta dia ketengah ketepi. Pemandu di belakang kecut perut jadinya.

Apapun ikutlah nasihat PM kita tu memandu dengan tekad selamat sampai ke destinasi walau lambat sedikit. Bertimbang rasa dengan pemandu lain, jangan mementingkan diri sendiri dan ingat awak sahaja yang nak balik kampung rebus ketupat.

Sunday, November 07, 2004

When You're Gone.


Richard Marx - My Own Best Enemy (2004)

When You're Gone



Well look at me, the guy who's got it all
Tryin' to read my own writing on the wall
Not happy 'til the sadness comes
To keep me company
Oh, but what becomes of fools who love like me


Who's gonna dry my tears
When I'm crying?
Who's gonna hold my hand
When I'm dying?
Who's gonna set me right when
Everything is wrong
Who's gonna love me
When you're gone?


Sure as winter goes and comes around again
I will be my own undoing in the end
I'll find the answers
I've been searching for
In your goodbye kiss'
Cause I don't deserve you and you don't deserve this


Who's gonna dry my tears
When I'm crying?
And who's gonna hold my hand
When I'm dying?
Who's gonna set me right when
Everything is wrong
Yeah, who's gonna love me
When you're gone?


Never happy 'til the darkness comes
And rains down on me
Down on me


And who's gonna dry my tears
When I'm crying?
And who's gonna hold my hand
When I'm dying?
Who's gonna set me right when
Everything is wrong
Who's gonna love me
When you're gone?


Who's gonna love me when you're gone?
Baby when you're gone
Yeah, who's gonna love me
When you're gone?
Who's gonna love me when you're gone?
Who's gonna love me?


Layan jiwang karats lah pulak.

Saturday, November 06, 2004

Mood ke laut

MOOD KE LAUT



Boring pulak hari ini. Sabtu ganti untuk Sabtu minggu depan. Minggu depan boleh ler balik hari Jumaat petang terus. Telekom dah kerja 5 hari jer seminggu, anak syarikat tak der pulak ura-ura nak bekerja 5 hari jer.

Rasanya petang ni kena balik kampung banyak kerja nak disiapkan. Semalam call Yana dia boring kena buat kuih sensorang. Kalau aku ada pun aku jadi tukang tolong tengok jer manalah aku reti nak buat. Leceh dan remeh kerjanya.

Tahun ni paling takder mood nak raya. My sis ada yang nak bersalin. Tinggal tunggu hari jer. Then kenduri kahwin Julie hujung bulan ni jugak. Cuti raya kena pendekkan sebab nak digunakan masa kenduri nanti dan masa bertandang ke Perak.

Memang takder mood hari ini. I dengar lagu Sanisah Huri ni berulang-ulang … Bersabarlah Sayang. Teringat kat dia ... dia ingat kat kita ker?

Friday, November 05, 2004

Perjalanan ke syurga

PERJALANAN KE SYURGA



Pagi tadi kena migrain yang agak teruk. Boss pulak dok call selang 10 minit tanyakan tentang proposal yang perlu aku siapkan untuk bangunan baru. Mata aku makin kecil dan kalkulator yang aku gunakan antara nampak dan tidak jerr. Masa tinggal 45 minit kata boss aku dihujung talian.

Macam marathon aku buat kerja. Bila buat kerja agak tergesa-gesa ni biaslaah lupa savelah itulah inilah. Kena buat semula. Mencabar sungguh. Tetapi akhirnya siap juga dan migrain aku pun tiba-tiba hilang. Alhamdulillah … sepetang ni aku perlu merehatkan diri setelah bekerja berhempas pulas dari malam tadi dan pagi tadi pun masuk kerja pukul 7.00 pagi .

Sejuk dan rasa nak demam … atau yang lebih afdal rasa nak tidur plak. Apa pun rasa sungguh lega bila hasil kerja kita dihargai.

Berulang suara
Bercerita kembali
Pada kisah semalam
Yang datang dan pergi.

Usia kita
Perjalanan dunia
Pencarian ke syurga
Menanti merasa kehidupan.

Masih adakah kecintaan
Masih adakah kerinduan
Yang belum engkau lepas
Dari kurungan

Masih adakah kemarahan
Masih adakah kebencian
Yang tetap engkau simpan
Di perasaan

Segala mungkin
Adalah kemungkinan
Perancangan semalam
Menanti merasa kebenaran

Perjalanan Ke Syurga
Jay Jay/Bob
Dunia Muzik Wea Sdn bhd/ Luncai Emas Sdn Bhd.
Album :Koleksi Abadi Jay Jay, 1992

Untuk Syazwan & Isteri,

Terima kasih di atas budi baik kalian. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Thursday, November 04, 2004

Suatu masa dulu

SUATU MASA DULU


Masa kecil banyak peristiwa yang aku lalui di bulan Ramadhan ini. Bulan puasa sesuatu yang amat dinantikan . Aku rindu betul nak buat benda-benda ini semua. Tapi mengenangkan awak tu usia dah boleh jadi bapak orang so aku pendamkan sahaja. Membesar di CC dan dikelilinggi adik –beradik memang aku kira satu masa terindah dalam hidup aku.

Aku RINDU …masa lalu di Cape Coral.

Main bungapi dan mercun yang berdentum di sana-sini. Duit belanja sekolah aku habiskan beli mercun yang hanya di pasang pada malam raya dan hari raya pertama. Ikut stok yang ada. Dulu mercun bebas dibeli di mana sahaja dan boleh beli sikit-sikit. Sekarang ni mercun HARAM.

Meriam buluh aku tak mainlah. Kitaorang buat meriam dari ‘saluran air’ konkrit yang kebal dan tak pernah dalam sejarahnya pecah . Tak ada pulak aku dengar kengkawan aku terbunuh sebab main meriam ni. Kitaorang tanam meriam tu dalam tanah. Bunyi dia mak datuk bergegar urat saraf dan otak. Fungsinya untuk kasi tahu waktu berbuka puasa dan masa bersahur. Seronok bila meriam bersahutan dari kampung ke kampong. Meriam buluh memanglah akan pecah kalau tidak diikat dengan kuat dan ianya memang bahaya. Bunyi pun ala-ala jer macam katak tersedak … buang masa jerr.

Buat kuih raya dengan mak . Masa tu kalau buat kuih bahulu akulah yang kena mengacau benda tu dalam pasu besar. Alat yang ada spring aku tak ingat apa bendanya tuu. Lama sungguh nak pastikan adunan tu naik . Yang ni memang seksa sungguh. Tapi best masa buat kuih boleh ponteng puasa.

Terawih di kampung dulu-dulu habis sampai pukul 12.00 malam. Penat tapi best jugak time nak makan kuih muih di surau tuu. Best sesangat…

Membeli air batu potong yang beharga RM 0.60 sebatang tu pun best. Sebab kena mengayuh basikal 2 batu dari rumah aku ke kedai Cina tuu. Hari-hari pulak tuu aku kena beli.

Ohhh yer kasut raya ada dua jenis sahaja yang mak aku paternkan untuk aku. Sama ada kasut sekolah atau that kasut merah bertapak keras. Kasut tu warna merah kehitaman. Tak ingat jenama apa tapi kalau pakai sure kaki melecet punya.

Duit raya sekupang yang dikutip dari rumah ke rumah. Sehinggalah sampai sekarang aku kena ikut rombongan baraan. Aktiviti wajib setiap raya.

Tapi raya tahun ini akan amat berbeza sekali.

Sanisah Huri

Bersabarlah Sayang

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

( korus )
Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada,
hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

Seandainya kehidupan ini adalah satu mimpi yang indah ... jangan bangunkan aku dari mimpi ini!

Wednesday, November 03, 2004

Taubat

Lapan Tanda Taubat Diterima


ADAKAH taubat kita diterima Allah?
Taubat yang diterima dan ditolak ada tandanya.Antara tanda orang yang taubatnya diterima:

Selepas bertaubat keadaannya lebih baik daripada sebelumnya. Seorang hamba hendaklah melihat dirinya setelah bertaubat. Apakah bertambah baiknya atau masih dalam kejahatan. Kalau menjadi baik, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, hendaklah dikesali.

Hendaklah berasa takut, yang dia tidak aman daripada azab Allah.

Hendaklah menambat keinginan hatinya daripada berbuat maksiat.

Hendaklah menyesal dan takut untuk melakukan sama ada dosa kecil atau jenayah yang besar.

Berasa hina diri dan tawaduk.

Tanda taubat ditolak termasuk:

Lemah keazamannya dan hatinya membayangkan keseronokan melakukan dosa semula. Itu adalah taubat orang yang dusta. Malunya kepada manusia, tidak kepada Tuhan, takutnya kepada manusia tidak takut kepada Allah.

Tenang dan yakin dirinya telah bertaubat dan berasa aman daripada murka Allah.

Beku air matanya daripada menangis dan keras hatinya.

Tidak takut terhadap kematian dan peristiwanya.

Tidak takut neraka dan peristiwanya.

Tidak melakukan amal soleh selepas bertaubat.

Marilah kita bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah sebelum terlambat. Firman-Nya bermaksud :“Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah (mintalah dihapuskannya dosa kamu), dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya, cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (ketika mereka berjalan), mereka berkata (ketika orang munafik meraba-raba dalam gelap gelita): “Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya engkau amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah at-Tahrim, ayat 8)

Peringatan untuk diri sendiri.

Membeli Baju

Membeli baju perlu masa yang sesuai. Tetapi, baju yang cantik biasanya sudah ada pembelinya. Namun kenapa baju itu masih digantung di situ dan orang ramai terus keliru meminatinya? Sedangkan pakaian itu sudah ditempah.

Pilihlah baju yang lain.

Tak sesuailah, yang itu jugak nampak cantik.

Mana tahu, cantik di luar sahaja sedangkan fabrik dia tak sesuai dengan iklim di Malaysia.

Terdiam.

Yelah orang pilih yang lain. Tapi lain kalilah.

Berlalu tanpa membeli apa-apa.

Tuesday, November 02, 2004

Patcholes

I SURVIVED KLANG – KUALA SELANGOR PATCH HOLES!



Sabtu petang aku berbuka puasa di Salak Tinggi. Meriah sangat, jumpa kroni dan kawan-kawan baru. Bergosip macam tak ingat bulan puasa pun. BBQ dia best, dan balik selepas tolong tuan rumah basuh pinggan. Macam baik jer aku ni.

Ahad barulah aku balik ke CC. Isnin ke Klang dengan Mak dan Yana. Balik semula ke Cyberjaya pagi tadi. Pukul 7 dah sampai sini. Memandu di jalan Kuala Selangor ke Klang perlukan ketabahan yang tinggi. Jalan berlubang di sana-sini. Simpang siur ‘signboard’ dia dan lencongan memang mengelirukan. Sabar jelah.

Dari Kuala Selangor ke CC jalan dah elok. Boleh pecut dan berangan melihat panorama indah desa. Cewahhh … Rasanyalah mahu 4 tahun lagi jalan Kuala Selangor – Klang tu baru siap. Rasanya dah 7 tahun atau lebih projek tuu . Kena banyakkan bersabar sebab puasa.

Life aku biasa-biasa jer. Banyak kisah off- record ler. Aku bukannya artis orang manalah nak tahu kisah hidup aku nih. Hari ini kena siapkan rancangan pembangunan 10 tahun department aku. Semalam lagi Boss dah call bila boleh siapkan paper tu.

Kadang aku rasa banyak bercakap pun hanya mengganggu. Aku harus diamkan diri sahaja buat masa ini.

Saturday, October 30, 2004

Tudung Periuk

TUDUNG PERIUK



Tudung periuk, tudung periuk berikan hamba, kainlah yang buruk, kainlah yang buruk berikan hamba buat menyapu si air mata …” Ehh cam silap siaran jer. Semalam dapat hadiah periuk nasi elektrik untuk Raya tahun ini. Pemberi hadiah mestilah misteri memang susah nak kesan. Siap bagi ucapan “Semoga rajin-rajinlah memasak , jangan makan kat luar jer”. Makan kat luar memang tak sedap pun.

Petang ni akan ke Salak Tinggi untuk majlis buka puasa di sana tu. Tak tahu nak bawak apa. Mungkin nak bawak acar buah dan pisang rasanya. Esok baru balik kampong sebab nak jumpa Julie di Klang.

Dia call semalam agak lama dari selalu. Dia ajak buka puasa tapi masa cuti Deepavali nanti. Cehhh time semua orang KL dah cabut balik ke kampung baru plan nak carik aku.

“Kang kata tak ajak pulak”.

“Jangan ajak kalau terpaksa.”

Malaslah nak layan. Biarlah bukan rezeki dan bukan sesuatu yang penting untuk dipenuhi.

Aku ni manusia yang “Complicated”.

Friday, October 29, 2004

Buka Puasa di Ofis

BUKA PUASA DI OFIS


Hari ini ada majlis buka puasa di ofis. Setahun sekali kaum kerabat anak bini akan di bawa ke ofis tempat mak bapak depa kerja. Setahun sekali jumpa mereka semua. Paling best ada majlis pertukaran hadiah. Macam krismas plak, tapi benda ini memang menjadi satu tradisi masa aku perkenalkan acara itu 5 tahun dulu.

Setiap tahun rancang nak makan kat hotel segala, tapi masing-masing tak nak. Lebih meriah dan berbaloi jemput catering . Lebih separuh kos di taja dan setiap ahli hanya membayar RM 10 untuk 14 jenis lauk pauk yang mengalahkan majlis kahwin. Wang baki aku jadikan duit raya untuk cabutan bertuah.

Maybe aku pernah cerita kisah beberapa tahun lepas, aku lupa tutup handphone dan N call aku bertalu-talu . Sembahyang tak khusyuk jadinya. Ada yang menahan ketawa pulak tuu. Sebab nada dering phone aku sikit punyalah romantik lagu “My Baby You”- Marc Anthony. Sekarang taubat aku tak moh jadi isu hangat lagi macam tu.

Hujung minggu ni banyak juga jemputan berbuka puasa di luar. Aku tak pasti nak pergi ke tidak. Malas ler kalau buka puasa di luar ni. Rasa agak tidak selesa pulak. Tapi kadang kesian pulak hampakan harapan orang.


BOHONG


Seminit Kau Pujuk Rayu
Seminit Kau Marah Marah
Seminit Kau Diam Diri
Buat Tak Tahu


Apakah Sebenar Mahumu
Jadi Tanda Tanya
Mungkin Kau Sengaja
Buatku Begitu
Buat Ku Jemu


Angkat Kaki Melangkah Pergi
Membawa Diri
Beradu Nasib Diluar Sana Yang Menguji


Tak Sangka Begini
Akhirnya Kau Buat Diriku Ini
Bertapa Terbukti Kau Berbohong Selama Ini

Aku Harap dan Berdoa
Kau Puas Hati
Kalau Ku Pergi
Bolehlah Kau Cari
Pengganti


Lagu : Nor Fiqri (Maestro Publishing)
Lirik : Loloq (Luncai Emas Sdn, Bhd)
Nyanyian : Mas AF2

Thursday, October 28, 2004

Budak Kaca Mata

BUDAK KACA MATA


Hampir sejam aku panik tahap lipan berkaki 16. Semua benda yang aku lihat menjadi kabur dan aku terpaksa meraba-raba dalam terang. Aku terlupa di mana aku meletakkan kaca mata aku sesudah sembahyang subuh tadi. Tension bila spek itu tak ada di tempat yang selalu aku letak. Aku terlupa sungguh …

Semua ceruk bilik aku geledah. Akhirnya spek yang bertuah itu terletak cantik di atas tilam katilku. Mahu aku hilang akal sekejap kalau tak jumpa sedangkan aku banyak benda nak disiapkan di ofis. Pandangan tidak akan berasa puas kalau tidak memakai spek tersebut. Begitulah walau sebentar nikmat di tarik balik akibat kelalaian sendiri tapi kesannya amat mendalam. Macamanalah kehidupan orang buta yer? Hishhh …

Dulu pun pernah aku tercarik – carik kat mana spek yang aku letak. Kemudian housemate aku dengan selamba jawab “Tulah yang kau pakai tu apa?”. Hishhh kenapa nyer ada perasaan sebegitu. Aku dah semakin pelupa ker? Nasib baik ada kawan. Sekarang ni semua benda kena buat sendiri tak der siapa nak tolong.

YU YU


Setiap petang, sebab tak der benda nak buat aku nonton siri “Burning Flame II”. Best citer ni dan buat aku ketagih terutama watak budak kecil berumur 4 tahun di mana ayahnya seorang ahli bomba. Lakonan Yu Yu amat hidup dan natural sangat. Macam seronok sangat kalau ada anak perempuan yang sebegitu. Walaupun ibunya telah meninggal dunia dia tetap mendapat sepenuh kasih sayang daripada pak cik dan ayahnya.


Banyak konflik yang berlaku terutama corak layanan pak ciknya yang lebih memahami dan ayahnya yang sedikit tegas. Namun hubungan anak dan ayahnya tetap saling memerlukan.

AKU


Kenaikan gaji tidak seperti yang dijanjikan. Kecewa pak cik. Tapi bersyukurlah sebab ramai yang masih kantoi sebab artikel yang dihantar untuk Sharenet tidak memenuhi piawaian. Jadi kenaikan gaji mereka masih ditahan. Inilah cabaran yang ada bekerja di tempat aku ini. Kita kena pandai buat presentation, pandai menulis, pantas membuat kerja. Walaupun tahap kipas-mengipas memang kurang, tapi karenah HR memang sukar sekali dijangkakan.

Wednesday, October 27, 2004

Al_Fatihah

AL-FATIHAH


Dapat SMS ini semalam. Tapi petang baru aku terperasan gara-gara sibuk hingga tak sedar dunia sekeliling.

12 Ramadhan pulangnya bonda tercinta ke rahmatullah … Darinya kita dtg kepadanya kita kembali. Dia seorang ibu yg paling istimewa di dunia ini. Al-Fatihah.
26-Oct-2004 11:30:54

Salam takziah buat Farman sekeluarga. Maaf kerana tidak dapat datang menziarah. Walaupun hanya kenal di alam cyber, terasa ikatan persaudaraan terjalin erat.

Aku teringat SMS dia yang terdahulu.

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari then didatangkan kilat dan guruh di langit. Puas kita menangis mencari Matahari … Rupanya Allah nak hadiahkan pelangi yang cantik.
13-Oct-2004 21:46:06

Moga tabah menghadapi ketentuan dari-Nya. AL-Fatihah.
<http://rahsiasuarahati.blogspot.com/>

KEMANISAN HIDUP



Paling manis bila kita mendapat apa yang kita harapkan. Paling manis bila segalanya mengikut perancangan. Tapi segala yang manis tidak juga elok untuk kesihatan. Hidup selalunya tidak bergerak terlalu mudah ke destinasinya. Ada sahaja kerikil tajam yang membekas di kaki.

Menghargai kemanisan hidup juga mungkin satu seni yang paling misteri. Kita tidak pasti bila ianya datang dan hanya tersedar bila ia direntap dari genggaman kita. Jadi kita perlu menghargai setiap detik dan segala apa yang memang telah menjadi milik kita. Pahit, manis, suka, duka adalah sesuatu yang memang telah ditakdirkan untuk kita jalani. Bersyukurlah kerana kita masih bernafas dan meneruskan hari-hari baru ini dengan lapang dada. Apa juga yang hadir dalam hidup kita harus di lakukan sebaiknya.

Banyak perkara yang menyedarkan aku perihal manusia dan kehidupan. Sering kita sendirian di saat –saat kita paling memerlukan seseorang.

Tuesday, October 26, 2004

Eratkan Silaturahim

ERATKAN SILATURAHIM


Daripada Abu Hurairah, katanya, aku dengar Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang ingin dimurahkan rezekinya dan diberkati penghidupan dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam hadis ini, Rasulullah mengingatkan hubungan silaturahim adalah prasyarat untuk menjamin kehidupan harmoni. Antara sebab berlakunya kesempitan hidup dalam kehidupan seseorang adalah tidak memberi tumpuan lagi kepada hubungan silaturahim terutama sesama keluarga dan saudara seagama.

Kesimpulannya antara faktor untuk memperbaiki taraf dan keselesaan kehidupan ini adalah dengan mempereratkan perhubungan silaturahim. Kalau tali ini rapuh, maka akan rapuhlah kehidupan dan runtuhlah keharmonian dalam kehidupan masyarakat.

Sumber : BH 26/10/2004

Agak sibuk hari ini. Kena siapkan bulletin dept dan biz plan 10 tahun. Pagi tadi tak sempat nak bersahur. Malas nak bangun ...


Monday, October 25, 2004

Hujan tak sudah

HUJAN TAK SUDAH


Semalam hantar Yana berurut. Pak cik tukang urut tu sudah manjadi ayah angkat Yana sebenarnya. Dia memang mahir tentang urut dan teknik-teknik urutan dia juga memang bagus. Dia mengurut di depan saksi, bukan di dalam bilik ker apa. Memanglah begitu sebaiknya tidak menimbulkan syak. Tapi kalau orang ramai segan juga sebab dia mengurut di tempat terbuka. Alhamdulillah kaki Yana yang terkehel dan pernafasan dia yang sesak itu telah pulih. “Miracle “ ini kali kedua aku lihat benda ini (dengan izin Allah) yang pertama ketika pak cik tu datang ke hospital semasa dia mengurut Yana di hospital tempohari yang doktor tak tahu nak buat apa.

Teknik mengurut ini perlu dipelajari dengan betul. Sebabnya memang terlalu banyak tukang urut di sesebuah kampung itu. Namun perbezaannya ialah cara dan kaedah mana yang dipraktikkan. Terfikir pula orang yang selalu pergi berurut dan pusat-pusat urut tradisional. Di mana tukang urut dia orang-orang muda. Bahaya tuu …

Berbuka bersama keluarga di kampung memang best sangat. Tak terkata keberkatannya.

Selepas berbuka aku cadang nak balik ke Cyber. Tapi hujan tak sudah sampai tengah malam. Terlelap dan aku balik selepas subuh pagi tadi. Dua jam aku drive dan sampai di ofis 7.20 am.

Semalam dia call aku lagi. Tanya khabar. Ada sesuatu yang membuatkan aku sungguh kecewa dengan sikapnya. Terlalu kecewa …

Saturday, October 23, 2004

Jangan Curang

Jangan Curang!


Juruperunding kardiologi di Guy's and St Thomas Hospital Trust, London, Dr Graham Jackson dalam kertas kerja bertajuk ‘Seks, Jantung dan Ketidakupayaan Ereksi (ED)’

Kajian yang dijalankan di Jepun, Frankfurt dan Berlin mendapati 75 peratus mereka yang membuat hubungan sulit mempunyai risiko kematian mengejut akibat serangan jantung. Sebaliknya, risiko serangan jantung bagi mereka yang melakukan hubungan seks normal adalah rendah yang mana kajian masing-masing di Jepun, Frankfurt dan Berlin menunjukkan hanya 0.6 peratus, 0.18 peratus dan 1.7 peratus kematian mengejut disebabkan melakukan hubungan seks,” katanya yang menyatakan pesakit boleh meneruskan aktiviti seks seperti biasa selepas dua hingga tiga minggu daripada tarikh itu sekiranya tidak mengalami sebarang komplikasi.

“Dianggarkan kira-kira 1.6 juta lelaki Malaysia mengalami ED yang mana kurang daripada 10 peratus mendapatkan rawatan bagi mengatasi masalah mereka. Antara alasan mereka tidak tampil mendapat rawatan ialah ia suatu perkara yang membabitkan maruah dan tidak perlu diperbesarkan,” katanya.


Sumber : Nor Afzan Mohamad Yusof, “Sakit jantung parah jika curang”, Berita Harian 22 Oktober 2004
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Keluarga/20041022081041/Article/

PRINTER BARU!

Rasanya baru sahaja aku mintak printer baru kat officemate, diorang dah dapatkan a brand new printer (hp laserjet 1150). Last time aku mengadu malas nak bangun ambil kertas kat meja sebelah tu hari ini dah dapat. Mudah ler kerja aku sekarang. Bukan tak pernah ada printer, dah 2 -3 kali aku dapat printer tapi disebabkan meja aku 'semak' aku malas nak share printer dengan orang lain. Jadi diorang tempatkan printer tu kat meja lain. Hari ini berkat bulan Ramadhan redha sahajalah siapa nak share printer ini dengan aku.

Selama 5 tahun akau bekerja ni, PC aku dah bertukar 3 kali rasanya. Kerja 'overload' agaknyalah.

Hari ini kena balik kampong. Yana habis exam pukul 5 petang. Aku akan ke rumah my sis di Banting dan lepas berbuka bertolak ke CC. Last week Yana jatuh tangga hostel dia dan pengsan. Selalu mengadu sesak nafas dan aku kena hantar dia berurut di Ijok. Macam-macam adik aku seorang ni.

Aku berharap akan dapat menyelesaikan segala misi yang berselerakan di depan aku ini dengan jayanya.


Di Dalam Sepi Itu

Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku

Sudirman (Manan Ngah/Habshah Hassan)

Friday, October 22, 2004

MENANTI HUJAN TEDUH (II)


Semalam petang hujan turun selebat alam semasa aku sedang tawaf di Pasar Ramadhan. Terpaksa berteduh di salah satu gerai itu menanti hujan teduh. Adalah lebih kurang 45 minit aku terpacak berdiri memandang kosong hujan yang turun. Pukul 6.00 petang redah juga hujan, tidaklah basah mana pun.

Teringat kisah seorang wanita tua yang sentiasa menangis mengenangkan nasib anak-anaknya tak kira hari hujan atau panas. Sebabnya bila hujan dia risaukan anaknya yang berkerja sebagai tukang kasut, dan bila panas dia risaukan pula anak yang kerjanya menjual payung pula. Dalam hidup kita ini sentiasa ada seseorang yang sentiasa mengingati kita tidak kira susah atau senang iaitu ibu, juga keluarga terdekat kita.

Dalam hidup kita akan menerima banyak kejutan. Hanya kecekalan yang membolehkan kita mengharungi segalanya.

Ofis aku ini sejuknya lain macam pula. Terpaksa pakai baju tebal-tebal. Kalau dikatakan produktiviti menurun sebab ‘kesejukan’ pun boleh rasanya dijadikan alasan. Teruklah … kerja banyak yang menanti. Otak pula beku tak ada idea …

Salam Jumaat semua.

Thursday, October 21, 2004

Sepetang di pinggiran

SEPETANG DI PINGGIRAN


Pasar Ramadan di kampus ni agak menyenangkan juga. Tak payahlah aku keluar ke Putrajaya atau ke Dengkil demi sesuap nasi. Ada banyak pilihan dan orang-orangnya pula aku dah kenal. Dari hari pertama aku beli makanan di gerai yang sama sahaja sebab aku tahu kualiti makanan dia macamana. Aku tahu ikan itu ikan semalam atau fresh dengan melihat cara masakan mereka. Biasanya aku membelanjakan tak sampai RM5 jer untuk berbuka. Amat menjimatkan sekali. Itu pun selalunya tak habis.

Aku beli “Ondeh-Ondeh” dua biji semalam. Aku memang teruk, seringgit dapat 5 aku mintak dua biji jer. Mak cik tu senyum jer “ Cukup ker dua biji”. Bebudak keliling senyum-senyum jer. What?

6.30 petang sudah terconggok depan TV nonton “Jejak Rasuk 10”. Tahun ini dokumentari Jejak Rasul antara siri yang paling mantap setelah beberapa tahun macam kehilangan arah sahaja. Tahun ini lebih fokus, informatif dan banyak footage yang menarik. Tak boleh miss rancangan ini setiap petang, macam sudah ketagih pulak.

Semalam Dia call tanya khabar, buka makan apa dan segala mak nenek yang dia nak tahu. Masa tu pulak aku tengah menonton Jejak Rasul jadi jawab antara dengar dan tidak. Kali terakhir dia call ialah masa hari Ahad (10/10/2004). *Waduh aku boleh ingat tarikh cayalah*. Nothinglah …

Masing-masing hatinya sudah berkarat :

Sabda Rasullullah bermaksud: “Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi.”

Lalu orang bertanya:”Wahai Rasullulah, bagaiman membersihkannya?”

Jawab Rasullullah: “Membaca al-Quran dan mengingati mati.”

Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran dalam hati yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.

Syukur aku masih di landasan yang betul.