Thursday, November 30, 2006

Bicara


BICARA SEMALAM

Malam tadi tidak boleh tidur. Terjaga dan mata segar bugar walaupun baru pukul 1.45 pagi. Mundar-mandir di bilik. Check hp kalau ada mesej tapi hampa.

Tengahari semalam sempat lunch bersama kawan lama seorang Professor di Universiti jiran. Seronok bila makan-makan dengan orang yang banyak pengalaman ni. Dia baru sahaja melalui minggu-minggu paling menduga dalam hidupnya. Nasib baik laporan perubatannya positif tidak ada penyakit yang seperti dijangkakan sedari awal. Alhamdulillah.

Dia bagi warning juga kat aku ..."Nanti bila you masuk umur 50-an tunggulah banyak sangat penyakit yang menyerang, jangkitan kuman itu ini. Kawan-kawan yang seusia satu batch kat universitu tu pun sorang-sorang dah 'pulang'. Kemudian kerap juga terdengar berita mereka sakit itu ini keluar masuk hospital."

Ya, aku tahu tentang itu. Masa emas yang menanti dengan pelbagai masalah lain dalam peringkat kehidupan. "You masih muda, dulu masa I muda, I buat semua benda yang i suka, tak mahu terlepas walau satu. Sekarang dah puas dah. Dah rasa semua. Tunggu jerlah nama kena panggil."

Gulp!! ... "Bila Prof nak pergi haji?" Soalan itu tiba-tiba terpancul dari mulut aku. Aku lihat dia tersengih. "Tengah kumpul duit, mungkin setahun dua lagi." Dia menjawab. Yalah trend sekarang umur awal 40-an sudah pergi menunaikan rukun Islam ke-5 itu. "Kalau you nak pergi haji biar terus bertaubat, jangan nakal-nakal lagi. Kalau masih nak seronok-seronok baik lupakan dulu." Dia menambah.

Jahat? Hehehe menjahat macam mana pulak tu. Konfius I ... tapi I seronok berbincang banyak benda dengan prof ni. Dari soal PhD, soal belajar di luar negara hinggalah pada MAHA 2006 yang baru berlangsung.

"You akan tahu betapa sunyinya hidup you, bila you berkahwin dengan seseorang yang tidak menyintai you." Dia meninggalkan aku dengan kata-kata itu. Sunyikah hidup dia? Dia seorang yang tersohor pun hidup dalam kesunyian dan aku?

Renungan

"Menyimpang seinci rugi seribu tahun" - Peribahasa Cina

"Sekiranya tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah." Lao Tze

"Tidak berdosa jika mencuba dan menemui kegagalan, tetapi berdosa jika tidak mencuba langsung." Petikan Islam Hadhari

"Mengalami kekalahan adalah keadaan yang sementara. Putus asa yang menjadikannya kekal." Marlene vos Savant

"Jangan gusar berapa lama masa yang perlu diambil untuk mencapai kejayaan kerana masa itu pasti akan berlalu. Jadikanlah masa yang akan berlalu itu sebagai masa yang terbaik." Earl Nightingale, pemidato dan penulis buku.

"Melakukan sesuatu itu sebenarnya tidak akan menjadikan anda gusar tetapi ketika hendak melakukannya yang menjadikan anda ketakutan." Reader's Digest.

"Apabila kekalahan tiba, anggaplah ia sebagai isyarat bahawa perancangan anda tidak tepat, binalah semula perancangan itu dan kembali belayar ke arah matlamat." Napoleon Hill, penulis buku klasik terbitan tahun 1936 Think and Grow Rich.

Wednesday, November 29, 2006

Kiasu

Melayu mesti ‘kiasu’ untuk berjaya

SAYA amat tertarik dengan syarahan Profesor Diraja Ungku Aziz, di Universiti Malaya minggu lalu. Beliau menyarankan orang Melayu supaya mempunyai sikap ‘kiasu’ untuk berjaya seperti mana amalan orang Cina.

Kiasu adalah perkataan Hokkien (Cina) bermaksud takut kalah. Kiasu boleh diaplikasikan dalam berbagai keadaan aspek hidup. Takut kalah dalam sebarang persaingan atau pertandingan atau peperangan. Dalam konteks ini, sudah tentu persaingan dan pertandingan yang sihat dalam perkara kebaikan. Dalam konteks Melayu, kiasu dengan bangsa lain dan mahu hidup gagah, dipandang hebat di bumi sendiri.

Sebenarnya, budaya hidup orang Melayu telah lama tersemat dengan sikap kiasu sejak mereka menerima Islam 600 tahun lalu. Terbukti, orang Melayu pernah berjaya mentadbir dan menguruskan negara sendiri iaitu kerajaan Melayu Islam Melaka sehingga terkenal seantero dunia, termasuk menjadi tarikan kerajaan negara China.

Tamadun Melayu pernah mengalami pasang surut. Melayu pernah hidup mewah dan pernah hidup susah. Pernah tinggal di bandar dan tidak kurang di kampung-kampung, pernah berniaga dan pernah mengusahakan hasil tani.

Pengalaman yang dilalui telah menjadikan mereka mempunyai semangat kental. Kita jangan lupa, siapa yang mengusir penjajah keluar kalau bukan orang Melayu. Inilah sikap kiasu. Takut kalah di bumi sendiri. Takut dijajah di bumi sendiri.

Inilah perkara yang cuba dibawa oleh Ungku Aziz. Tamadun Melayu Islam menjadi hebat juga disebabkan oleh ilmu. Kekuatan ilmu ini yang telah mencorakkan sikap Melayu untuk berdaya saing. Kekuatan ilmu telah menjadi orang Melayu mahu berfikir lebih jauh ke hadapan. Mereka tidak mengambil jalan singkat, tetapi sentiasa berjuang demi agama, bangsa dan tanah air. Penjajah demi penjajah datang, akhirnya berjaya mereka halau.

Cuma hari ini, mereka mulai lupa jerit pahit tok nenek moyang mereka. Mereka menjadi manusia yang malas berfikir, tetapi mahu hidup mewah. Akhirnya mencari jalan pintas.
Semangat kepahlawanan telah hilang. Semangat bendahara dan hulubalang telah lunyai. Mereka hanya berbangga menjadi ‘tuan’ negara ini. Mereka sudah lupa bagaimana ‘ketuanan’ itu wujud sebelum ini.

Budaya berfikir sudah tidak wujud lagi seperti sabda nabi, berfikir seminit lebih baik daripada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Berfikir adalah proses yang paling tinggi dalam pembelajaran. Ada yang suka membaca tetapi tidak mahu berfikir. Sekadar membaca tidak cukup kerana membaca tanpa berfikir tidak akan memberikan kesan. Inilah konsep generasi ulul albab yang diperbahaskan dengan panjang lebar dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Sebenarnya kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Datuk Seri Idris Jusoh telah lama mempelopori istilah ini. Saya sering kali ke sana memberikan penerangan mengenai istilah ulul albab. Sebenarnya istilah-istilah dalam al-Quran, penuh dengan semangat kiasu. Cuma kita sahaja yang tidak mahu mencungkilnya.

Selain istilah ulul albab, ada satu lagi istilah yang membawa makna mengalahi kiasu ialah ulil absar, orang yang memiliki pandangan atau wawasan.

Dalam konteks ini, orang yang memiliki pandangan atau wawasan yang jauh ke hadapan. Orang yang memiliki fikiran dan wawasan jauh ke hadapan akan tetap kiasu.

Kalau kita bandingkan dengan orang Cina di negara kita, sejak awal-awal lagi mereka kiasu. Takut kalah di bumi orang. Takut merempat di bumi orang.

Sebab itu istilah Cina seberang laut, berbeza dengan Cina di tanah besar. Cina seberang laut, boleh dikatakan lebih berjaya daripada orang Cina di negeri China. Cina seberang laut mempunyai semangat kiasu luar biasa sehingga dapat membentuk sebuah negara sendiri iaitu Singapura yang asalnya sebuah negara Melayu. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Kerana mereka percaya kepada ‘satu Cina’ walaupun terdapat berbagai kumpulan atau istilah Cina, mereka tetap kiasu. Ke mana pun mereka pergi, mereka tetap Cina walaupun apa juga nama, kumpulan, bahasa, dan ideologi.

Berbeza dengan orang Melayu. Semua yakin bahawa Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Hanya ada ‘satu Melayu’ iaitu mereka yang beragama Islam. Tetapi Melayu Islam ini dipecah-pecahkan mengikut semangat kedaerahan, kumpulan, bahasa, parti politik dan ideologi. Tidak pada orang Cina, walaupun kita lihat di kalangan orang Cina itu sendiri ada berbagai-bagai agama seperti Buddha, Confucius, Toaism, Kristian dan Islam (ini tidak termasuk kelainan bahasa, dialek dan sebagainya) tetapi mereka berpegang kepada semangat ‘satu Cina’.

Sebenarnya, orang Melayu lebih mudah, sebab mereka hanya ada satu, ‘Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu’ iaitu Melayu Islam. Jika mereka mempunyai pemikiran dan wawasan berjuang atas nama ‘satu Islam’ maka banyak masalah yang boleh diselesaikan.

Satu Islam untuk semua manusia, tak kira apa bangsa sekalipun. Kita hanya ada satu kiasu. Tetapi semangat satu kiasu tidak tertonjol kerana kita membesar-besar perbezaan, lebih-lebih lagi perbezaan pendapat dan latar belakang politik.

MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH,
Bandar Baru Ampang.
(UM 28 Nov 2006)

KOMEN

Kita sebenarnya hidup dalam dunia yang sentiasa bersaing. Bersaing dengan diri sendiri, ahli keluarga, rakan sekerja, masyarakat sekeliling etc. Persaingan dan sifat kiasu 'takut kalah' memang sentiasa ada. Bukan sebab orang Cina. Kalaulah kejayaan orang Cina dilihat sebagai penanda aras kejayaan orang Melayu, aku sedikit pun tidak heran. Banyak lagi aspek orang Melayu yang baik untuk dimegahkan.

Bagi masyarakat Cina kejayaan hidup mereka dinilai dengan harta kekayaan tapi sebagai Melayu Islam hidup kita tidak akan berakhir di muka bumi ini. Perjalanan kita masih panjang lagi. Kejayaan di alam akhirat penanda arasnya bukan mengikut acuan kejayaan masyarakat Cina. Kita ingin berjaya di kedua-dua alam ini. Kita juga tidak mahu 'kalah' di alam itu.

Kekayaan di dunia, kekayaan di akhirat perlu seiring. Ramai sahabat Rasulullah yang kaya juga menjadi penghuni syurga. Jadi, memang wajarlah kita berusaha menjadi kaya dan berjaya seiring mencapai matlamat kejayaan di alam akhirat.

Tuesday, November 28, 2006

DIA


DIA

Aku rindulah kat dia ... Siapa? My mumlah sebab Ahad lepas tak balik, pergi MAHA. Hisshhh... kepala pikir yang lain jer ...

Ohh pagi ni nak ke KL, doakan segalanya okay ya? Jumpa lagi esok ...

Monday, November 27, 2006

PENAT


PENAT...

Akhirnya, paper untuk presentation akhirnya dapat disiapkan. Power Point dia pun dah ada. Belek punya belek, we all decide untuk present apa yang ada ini. Tak sempat nak buat research yang canggih. Sebab bos bagi task ni pun macam orang nak terkentut yang tak boleh di tahan-tahan lagi. Dan dan tu rasa sakit perut dan dan tu suruh siap. Aku buat research ala-ala pun dalam 4 hari. Nasib baik tidur aku lena, sepanjang minggu lepas. Ini kesan tengok 'senyum kambing' di MAHA agaknya.

Selepas Maghrib semalam I dan kawan I dari KL si M pergi MAHA. Waktu malam pun best sebenarnya. Cuma waktu dia agak pendek sikitlah. Dapat tengok konsert dan we all makan di gerai yang ada dalam tu. Okaylah ...

Persahabatan tanpa prasangka dan persahabatan tanpa sebarang agenda sukar sekali ditemui dalam dunia masa kini. Beruntungnya diri jika kita memapunyai kawan yang masih sudi berkongsi susah senang bersama. Seperti saudara/saudari yang saban waktu setia mengunjungi teratak ini.

Persahabatan tanpa syarat!

Sunday, November 26, 2006

Maha


MAHA HANGAT!!

Sabtu pagi-pagi lagi Wan dah call tanya pukul berapa aku akan ambik dia. Aku datang dalam pukul 8 dan kami pergi bersarapan. Sampai di MAHA 30 min lagi pukul 9.00 pagi . Orang sudah ramai. Kami masuk melalui pintu 3. Masa kami datang tu, kambing-kambing baru bangun tidur dan tidak pedulikan kita orang ni yang jakun sangat nak melihat depa tu. Best dapat tengok kambing ni. Tapi harganya cukup mahal Jamnapari 6 bln ke setahun mencecah RM 1, 800 sungguh mengujakan.

Rasanya kalau nak buat akikah agak tinggi hampir menyamai harga seekor lembu. Kambing Boer pun ada kecik sikit dari species Jamnapari ni. Berangan-angan nak buka ladang kambing Boer bila pencen nanti. Best rasanya. Tapi tahulah kerja berternak ni tak ada masa cuti. You raya ke ada hal 'urgent' ke makanan depa kena 'hidang' jugak bila sampai masanya. Walau ribut ke, kena jugak carik makanan atau rumput. Depa tak peduli, bila depa lapar depa tunjuk perasaan!

Jenis-jenis rumput pun depa tunjuk, bagusnya. Then kami berjalan kaki melalui sawah padi ke tempat Kucing. Kucinglah satu-satunya makhluk yang dapat tempat paling selesa. Maklumlah binatang paling "cun". Sebelah bangunan pamarean kucing tu ada gajah dari Kuala Gandah. Comel je. Teringin nak naik tapi segan!!

Then we all menapak lagi ke pameran utama, ada orkid sebanyak-banyaknya dan bonsai. Benda-benda lain rasanya tidak menarik perhatian. Banyak sangat. Ada tempat yang I tak pergi pun. Penat dan masa tu pun dah pukul 2.00 petang. Ada persembahan tarian. Kita orang duduk-duduk tengok orang berjoget.

Sebelum tu nampaklah beberapa ekor ayam Belanda. Tak cun sangat ... sebelah gajah tuu.

Komen
1. Paling tak best ialah sistem 'tram' dan pengangkutan tu. Kesian orang tua dan bebudak kecil. Terlalu ramai sangat dan semua orang berebut-rebut. Nak tunggu satu tram ke satu tram lambat nak mampus. Walaupun depa kata bas dah ditambah. Kalau aku bawak my parent mesti depa tak selesa tuuh ...
2. Harap ada sistem yang lebih baik di masa akan datang. Pameran dah best aspek-aspek sebegini kena diperbaiki lagi. Sebabnya jarak dari satu tempat pameran ke satu tempat pameran utama agak jauh. Keadaan panas 'berdenting' pulak tu. Memanglah pameran pertanian tapi keselesaan pelawat perlu diutamakan.
3. Apa pun, pameran ini amat bagus sekali. Lain kali kena buat macam landasan keretapi yang melingkari dan menghubungkan dari satu hall ke satu hall biar bersistem sikit. Orang tak berebut-rebut. Buat landasan keretapi macam pengangkutan buah kelapa sawit di ladang-ladang kelapa sawit tu pun okey, biar nampak real macam kat ladang sikit hahahha ...

Friday, November 24, 2006

Kabut


"Dunia tunggulah saatnya aku menjadi rama-rama ..."

Pagi Berkabut Di CJ

Kabut pagi menyelubungi waktu. Matahari menyorok di balik awan gemawan. Rutin seharian bermula lagi. Suatu pagi berkabut menyambut diri. Inilah waktunya aku pergi ke sini mencari rezeki. Duduk sendirian di bangku yang saban pagi setia menanti. Menghirup secawan teh dan sebungkus nasi lemak ku kunyah lemah. Street Mall masih begitu. Pak cik itu dan isterinya masih seperti selalu. Tahu apa yang aku inginkan. Secawan teh untuk aku hilangkan resah diri. Pohon-pohon disekeliling mungkin sudah jemu melihat diri ini yang setiap pagi merenungnya dengan ghairah, seakan ingin memiliki.

Aku cuba mengingati apa yang berlaku semalam. Seperti semalam begitu penting untuk aku kenang. Semakin aku mengenalinya semakin aku geram. Tapi akal fikiran sentiasa menahan diri daripada meyemburkan segala tekanan diri. Biarkan ... biarkan. Pagi berkabut ini pasti akan berlalu jua nanti.

MUSIM HAJI

Beberapa orang teman akan pergi menunaikan haji. Penerbangan mereka pada awal Isnin minggu depan. Masih muda, masih kuat dan syukurlah dibukakan hati mereka untuk ke sana. Zaman ini kita tak perlu tunggu sampai terlalu tua untuk ke sana. Masa sihat, masa masih mudalah kita tanamkan azam untuk ke sana.

Cukupkah segala bekalan? Penuhkan ilmu di dada. Berubah di usia yang akan berlalu tanpa kita sedari. "Kena berubah, umur dah nak masuk 40...". Dia bercakap pada aku di petang itu. "Tapi tak tahulah kalau balik nanti bertambah nakal .." Dia tergelak kecil. Aku hanya menahan ketawa. Tapi tak tahu nak berkata apa. "Baguslah kalau nak berubah menjadi baik ..." Aku hanya menyambut kata-katanya tanpa sebarang maksud.

"Doakan aku semasa di sana ya." Permintaan kecil yang ku kira tidak menyusahkan. "Tengoklah nanti, kalau ingat." Dia menyambut sambil lewa. "Wah ... time you susah, time kereta you ada problem tengah jalan, I yang you call. Boleh ingat pun. Time senang tak ingat kawan pulak." Aku geram (hehehe emosi masih terkawal). Dia tersentak. Aku sahaja test power. Dia sudah terkulat-kulat. Tapi aku tahu dia tidak akan ingat punya.

"Mintak maaf banyak-banyak. Halalkan yang termakan dan terminum." Dia bersalaman sebelum kami berpisah di petang itu. "Okaylah, aku pun macam tu." Kang kalau tak maafkan ada apa-apa terjadi aku jugak yang menyesal nanti.

Dia tetap begitu. Tapi semakin aku mengenalinya dan semakin aku tahu tentangnya aku menjadi lebih keliru. Tunggulah dia kembali nanti ... harap-harap dia akan lebih memahami diri. Doaku saban hari.

Thursday, November 23, 2006

Awang


Comel tak 'mamat ni' ? ...


DATUK

Awang Selamat menulis (UM, 22/11/06)..."KHABARNYA, Sultan Selangor telah mengenakan beberapa syarat baru penganugerahan bintang kebesaran bagi negeri baginda. Satu syarat yang menarik perhatian ialah had umur. Penerima bintang yang membawa gelaran Datuk mesti berumur 45 tahun ke atas. Ini satu syarat yang sangat wajar dan elok menjadi ikutan.

Bintang kebesaran yang membawa gelaran tentulah dianugerahkan kepada rakyat yang telah menabur banyak jasa. Menabur jasa bukan perkara mudah. Ia mengambil masa dan jasa yang ditabur itu hendaklah bagi tempoh yang lama.

Apa itu jasa? Ini juga memerlukan satu definisi jelas.Kita semua sedia maklum betapa hari ini terdapat begitu ramai Datuk muda. Dalam usia 30-an pun sudah bergelar Datuk.Ini tidak salah. Tapi apakah yang telah disumbangkan oleh seorang rakyat yang sebegitu muda? Pemberian anugerah yang membawa gelaran dengan begitu mudah dan dalam bilangan yang banyak boleh mencairkan kebesaran serta nilai anugerah itu sendiri. Ini perlu dijaga.
"

Aku setuju sangat benda ni. Akhirnya mereka buka mata. Bukan aku jeles bila Siti pun dapat pangkat Datuk. Bukan, bukan begitu. Rasanya pejuang kemerdekaan yang ada di negara kita ini lebih layak untuk anugerah itu. Ini tidak, you kaya sikit, ada bisnes best-best kenal orang dalam dapat pangkat datuk. You nyanyi lagu cinta mendayu pun boleh dapat gelaran datuk. Apa signifikasinya lagu itu dalam sumbangannya dalam industri hiburan negara? Oh mungkin telah membawa tukaran asing berbilion ringgit ( hehehe…)

Yang paling tak senonoh you berenang lintang pukang untuk tujuan entah apa-apa pun boleh dapat pangkat Datuk, You meredah sejuk beku khutub utara selatan timur barat dapat pangkat Datuk. You belayar keliling dunia entah untuk tujuan apa dapat anugerah Datuk. Apa sumbangannya kepada negara? Dapat pulangan apa setelah berjuta di laburkan? Apa research yang dibuat sehinggakan Malaysia ‘menang’ Anugerah Nobel? (berenang, belayar dan bersejukan ini?).

Banyak lagilah … ada tu artis dijulang begitu tinggi dapat hingga ke status Tan Sri. Entahlah …Mungkin anugerah itu perlu diberikan itu sahaja. Namun ramai pejuang sejati yang tidak pernah didendang di luar sana. Terlepas pandang, terlepas lensa kamera (TV3?).

Mungkin selepas ini pembaca DJW pula yang mendapatnya. Siapa tahu kan?

JOM KE MAHA 2006

Aku cadang nak pergi pagi Sabtu. Nak tengok kambing lembu. Macam-macam boleh ditengok.

http://www.mahaexpo.com/

Awal tahun 80-an Hari Peladang & Penternak negara ni diadakan di Tanjong Karang. Meriah sangat, masa tu zaman Dr.M. Aku ingat lagi mak aku tanya penternak tu cuba nak dapatkan anak itik yang dipamerkan, dia kata tak jual. Padahal apalah salahnya jual seekor dua kat mak aku kan. Banyak, bukan sikit yang dibawa. Kedekut betul.

Aku nanti nak tengok ayam belanda. Tengok garang ke tak ayam belanda ni. Kalau garang kensel nak belikan untuk my dad.

Wednesday, November 22, 2006

TERLALU


TERLALU ...

Bilakah sesuatu itu sudah terlalu banyak dan keterlaluan?

... terlalu banyak maklumat
... terlalu banyak harapan
... terlalu banyak permintaan
... terlalu banyak persoalan
... terlalu banyak penafian
... terlalu banyak penangguhan
... terlalu banyak simpati
... terlalu banyak cinta!

Bila ianya sudah terlalu banyak untuk ditanggung. Bila sudah terlalu banyak untuk dikendung sendirian ...

Pagi tadi aku belajar satu perkara lagi. Semenjak promo filem "Cinta" di TV, aku belajar benda baru - "Cinta itu memberi bukan memiliki, cinta bukan bebanan tetapi anugerah."

Tuesday, November 21, 2006

SELAMAT MAJU JAYA ZUL!

Hari ini merupakan hari terakhir Zul bersama kami. Dia akan berhijrah. Menjadi pensyarah di kajian kami yang dulu. Hari ini kami buat majlis perpisahan. Aku ditugaskan beli hadiah untuk dia.

Banyak yang berlaku sepanjang kami bersama 'membangunkan' dept kami ini. Dari zaman tak ada kepada ada. Dari bujang kepada dah berpunya. Dari dulu balik 2-3 pagi sampilah balik 'sharp' 5.30 ptg. Semuanya telah kami rasa bersama. Namun rezeki orang dan masa depan terletak pada diri sendiri. Kitalah yang menentukan hala tuju kita. Tiada yang kekal di dunia ini. Semuanya pinjaman semata-mata.

Harap persahabatan yang sedia terjalin dan persefahaman membangunkan profesion akan tetap utuh. Kami akan berjuang dalam aliran tersendiri.

Selamat Maju Jaya!

************************************
Maha Karya Cinta
**********************
Faizal (One In A Million)


Begitu berat melangkah
Melihat kau bersamanya
Adakah aku yang salah
Atau hanya helah saja

Ku masih mencintai diri kamu
Bila kau menjauh
Ku rindu

Kau bagaikan udara
yang membantu aku untuk terus hidup di atas dunia
Tanpa mu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau maha karya cinta ...

Biarpun kau tidak mahu
Menerima kasih daku
Ku kan setia bersama mu
Sehingga ke akhir waktu

Ku masih menyayangi diri kamu
Bila kau berlalu
Ku rindu ..

Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
Tanpa mu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau maha karya cinta

Kau takkan dapat aku lupakan
Kerna kaulah punca cinta kita
Mengajar aku erti bahagia Kembalilah ..

Terimalah pesan daku
Yang akan terus menunggu ...

Lagu: Audi Mok
Lirik: Shah Shamsiri
Penyanyi: Faizal (One In A Million)

Lagu ini macam best jugak ... Adakah kita kadang kala keterlaluan menyayangi seseorang? Sedangkan dia tidak pernah menjadi milik kita? Ya! Dia bukan hak milik tetapi kehadirannya adalah satu anugerah.

Berbaloikah memberi harapan lagi?

Monday, November 20, 2006

Tahniah

TAHNIAH IKA & AFIQ

Minggu lepas kami semua teruja bila IKA mendapat 5A dan Afiq 4A1B. Not badlah kan untuk batch pertama anak-anak saudara kitaorang ni. Ika merupakan cucu sulong keluarga kami. Tinggi dan aktif dalam semua aktiviti. Semua benda dia nak masuk. Sijil-sijil dia boleh buat tilam kat rumah termasuklah sijil-sijil di sekolah agama dia. Dia pun excel dalam bidang agama. Bahasa arab dia 'superb'. Tapi malangnya dia lebih minat sains and teknologi bukan bidang agama.

Ika sekolah kampong saja, yang memerlukan bukan sedikit 'usaha' untuk memfokuskan pada pelajaran. 3 pelajar disekolahnya mendapat 5A. Jadi, minggu lepas Ika diarak dalam satu upacara penyampaian hadiah dan dia juga menjadi tokoh akademik dan kokurikulum di sekolahnya. Dia agak pendiam tapi memang aktif dan ibunya ( my sister) sungguh terharu dengan pencapaian anak sulongnya itu.

Afiq anak jurutera dan guru ini memang pintar sedari awal. Tapi mungkin nasib tak menyebelahinya kali ini. 4A1B bukannya teruk sangat, tapi di dalam dunia yang mementingkan kesempurnaan ini dia pasti akan lebih maju di masa akan datang. Ohh!! Antara adik-beradik pun dah mula start membandingkan pencapaian anak-anak masing-masing. Ini belum masuk anak aku lagi nih ... seram. Budak lelaki lampat panas. Alah dulu aku pun hanya dapat 1A dalam Penilaian Darjah 5. Hahaha ... tergelak dia bila aku kata macam tu.

Alhamdulillah moga mereka akan lebih cemerlang di masa hadapan. InsyaAllah!

Friday, November 17, 2006

Bahasa

Bahasa Melayu patut didaulat


SAYA menyokong kenyataan Senator Dr Mohd Fuad Zarkashi pada Perhimpunan Agung Umno agar bahasa Melayu didaulatkan dalam setiap aspek kehidupan di negara kita, apatah lagi dalam bidang akademik di sekolah.


Beliau mengambil contoh bagaimana pelajar Melayu menjadi mangsa apabila subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya kajian demi kajian dibuat pakar akademik di universiti tempatan mengenai perkara itu.Namun, kajian bernas mereka tidak diendahkan, malah kita mengetepikan saja kajian mereka. Mereka dituduh sebagai anti pembangunan, ‘chauvanis’ atau amat tebal perkauman Melayu. Bagi saya, ini bukan soal antipembangunan atau tebal semangat perkauman Melayu. Ini soal maruah dan masa depan bahasa Melayu dalam sebuah negara berakarkan bangsa Melayu.

Terus terang, saya berbangsa Cina, bukan Melayu. Namun, saya amat prihatin soal pembinaan bangsa Malaysia berakarumbikan bahasa Melayu. Inilah cara mendaulatkan bahasa Melayu dan bangsa Melayu agar tidak pupus ditelan zaman. Cuba kita kaji, berapa ramai orang bukan Melayu hatta menteri Kabinet yang fasih atau boleh berbahasa Melayu dengan baik. Apabila diwawancara wartawan, bahasa Melayunya memang difahami tetapi meloyakan. Apakah ini pembinaan bangsa Malaysia yang ingin kita jana? Kajian hendaklah dibuat secara serius mengenai pencapaian dan penguasaan bahasa Melayu di kampung baru Cina atau di sekolah jenis kebangsaan. Berapa peratus boleh berbahasa Melayu dengan baik. Mengikut pengalaman, ada segelintir yang tidak boleh langsung bertutur dalam bahasa Melayu. Untuk fasih jauh sekali. Kajian juga mesti dibuat terhadap keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pelajar sekolah jenis kebangsaan.

Rata-rata pelajarnya tidak dapat menguasai bahasa Melayu. UPSR di sekolah jenis kebangsaan mempunyai tujuh mata pelajaran, tambah dua mata pelajaran bahasa Cina. Tidak ramai mendapat 7A. Rata-ratanya 5A kerana mereka tidak dapat A dalam dua subjek bahasa Melayu. Bayangkan, berapa ramai yang boleh menguasai bahasa kebangsaan dengan baik? Berapa banyak kelas peralihan yang terpaksa disediakan untuk membantu mereka ini memahami bahasa Melayu. Itupun tidak banyak membantu kerana apabila mereka tidak dapat memahami bahasa Melayu, segala apa yang diajar dalam bahasa Melayu di sekolah menengah tidak dapat difahami. Ini mengakibatkan pelajar bukan Melayu ketinggalan dan tercicir.

Pengalaman negara jiran kita, Thailand cukup memberikan pengajaran kepada kita. Thailand, antara negara paling cepat membangun dengan kekuatan semangat ‘siamnya’. Thailand menghapuskan sama sekali sekolah berasaskan kaum sejak 1930-an yang ada hanya sekolah satu aliran. Tujuannya tidak lain memperkasakan bangsa dan bahasa Siam itu sendiri. Hasilnya, Thailand berjaya melahirkan sebuah negara Siam beridentiti dan bermaruah. Walaupun, berlaku kudeta, ia tidak menghalang negara itu terus meningkat maju. Rakyatnya begitu unik, menjunjung bahasa Siam dan agama Buddha. Ini senjata perpaduan nasional yang paling berkesan. Kerajaan Thailand berjaya ’mensiamkan’ rakyatnya yang terdiri daripada berbilang kaum, tidak kira Cina atau Melayu. Semua orang Melayu dan Cina di negara itu fasih berbahasa Siam.

Selain sistem pendidikan mereka berteraskan bahasa Siam, semua urusan seharian mesti berakarumbikan bahasa Siam. Semua iklan, produk, drama dan filem dari luar akan dialihbahasakan ke bahasa Siam termasuk cerita Bollywood dan Barat. Di Malaysia, perkara sebegitu tidak dapat dilaksana kerana pelbagai faktor.Saya tidak kisah sama ada kementerian yang menjaga bahasa Melayu ini diletakkan di bawah menteri Melayu atau bukan Melayu. Apa yang penting kita mesti ada dasar yang mesti dipatuhi rakyat semua kaum.

MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH,
Calon PhD UPM,
Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia.

Komen
1. Selagi sistem pendidikan kita yang berasaskan kaum tidak berubah dan tiadanya usaha untuk mewujudkan hanya satu sistem pendidikan di sekolah kebangsaan masalah ini tidak akan selesai. Jika masing-masing hanya memperjuangkan bangsa masing-masing tidak akan ke mana.
2. Kita terlalu 'bebas' hinggakan pemerintah hanya menurut sahaja bukan memimpin. Kesilapan sejarah juga menyumbang ke arah permasalahan ini.
3. Bangsa lain lebih rela belajar BI daripada BM. Lebih rela bercakap lintang- pukang dalam BI daripada BM. Untuk memberikan nilai status yang berbeza dan kepuasan mungkin, maklumlah negara bekas jajahan British :)
4. Pemimpin tertinggi pun merasakan perkara ini tidak penting jadi faham-faham sahajalah kesannya atau mesej yang ingin disampaikan kepada umum kerana masyarakat diberi pilihan. Selagi pilihan ini diberikan selagi itulah perkara ini tidak selesai.
5. Terima kasih kepada Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang prihatin, saya doakan saudara menjadi Menteri berkaitan suatu masa nanti.

Thursday, November 16, 2006

BUSY

BUSY

Hari ini hari terakhir training. Letih betul banyak kerja kat ofis yang tergendala. We all akan berusaha untuk mendapatkan ISO tahun depan. Pasal tulah sibuk di alain macam sikit. Yalah ISO , then kerja-kerja yang dah diplan sepanjang tahun kena jalan jugak. Tangan hanya ada dua jer.

Tuesday, November 14, 2006

Perpisahan

PERPISAHAN 2

Happy sesangat dapat MP3 lagu nih. Ada yang kata bila dengar lagu ni boleh tido 2-3 malam sebab boring hahahha. Tu bagi yang boring bagi yang tak boring mesti teruja.

Kalau depa buat agak tinggi di bahagian chorus dia akan lebih mantap kot. Tapi siapa yang tak sedih bila berpisah ni kan? Kucing yang terpisah dengan ibunya pun sedih kan?

Esok sampai Khamis ada training ISO ... hishhh tak dapat lah mengadap komputer ini.

KECURANGAN

Sebelum kes wanita Mongolia ni, kita semua tak pernah terperasan betapa cantiknya wanita Mongolia (mana yang cantiklah hehehe...), semua orang memperkatakannya. Ada yang kata berbaloilah etc ...malas nak ulas. Apa yang aku nak tulis ialah tentang kecurangan. Bukan hanya berlaku pada makhluk yang berpoket tebal dan berharta. Janji ada peluang yang terbuka pasti ianya berlaku. Sekejap, bertahun dan akhirnya tersedar bila kes sebegini berlaku. Ya, memang benar lelaki tidak memerlukan cinta untuk melakukannya. Walau sanggup berhabis segalanya dan mempertaruhkan apa yang ada kerananya. Kerjaya, keluarga, etc ...

Dulu kes jurutera MPSA tu, hinggakan ada Cerekarama tentang subjek ni berjudul "Korban Kala". Anak isteri akan turut menderita bila si suami main gila. Kes terbaru ada yang kata sebab ada golongan berprofil tinggi terlibat sebab tulah ianya diletupkan. Eee tunggulah laporan DNA keluar.

Peri hal kecurangan ini memang misteri, kadang ianya tidak dirancang dan berlaku sebab adanya penawaran dan peluang yang terbuka. Bukan disebabkan tidak sayang pada isteri yang sedia ada. Tapi mungkin tuhan nak menguji kita. Hambanya yang lemah ... Ujian Allah akan datang dalam pelbagai bentuk.

Terngiang-ngiang khutbah Jumaat minggu lepas, manusia yang tidak melakukan suruhan Allah adalah Jin, sama sahaja dengan Jin. Sebab Jin juga percaya pada Allah tetapi dia engkar dan tidak mahu sujud dengan suruhannya. Solat 5 waktu adalah petunjuk bahawa kita hanya manusia yang kerdil dan hanya Allah yang maha berkuasa lagi maha menyayangi. Kalau kita tak ingat pada-Nya, mana Dia nak ingat pada kita bukan?

Monday, November 13, 2006

GELISAH MIMPI

GELISAH MIMPI

Minggu lepas amat sibuk. Pergi ofis pukul tujuh balik lewat malam. Ni semua gara-gara nak siapkan documentation untuk masuk satu pertandinganlah ni. Semua kerja nak pantas. Orang lain masuk dan ada masa berbulan-bulan untuk siapkan. Bos aku bagi kitaorang masa 2 hari untuk siapkan. Hasilnya? Heheh comel gak... lawa jer bila dah dibinding. Menang tang documentation sahajalah nampaknya. Kerja under pressure ni kadang lebih mengujakan. Cuma tulah badan boleh demam sebab otak kerja lebih daripada biasa. Tapi kalau bagi masa berbulan-bulan pun ... we all cop mohorlah only a few days terakhir tulah yang kitaorang dok buat. Rasanya we all ada team work yang bagus ... ehhh perkataan bagus tak cukup bagus untuk menggambarkannya. Rasanya 'superb' kot hahahah ...

Balik kampung last Friday, mula-mula nak singgah kat ofis A21 tapi Kak Ruby meeting plak. Tunda masa nak jumpa tu pada hari ini. So aku singgahlah kat S2 SA, binding manuskrip aku itu kena RM 8. Puas gak. Cover dia my staff yang buat dan CD tu pun dia design cover dia cantik sama macam cover manuskrip tu. Bila aku baca lagi .... ada gak perkataan yang salah. Lantaklah biarlah depa semak balik nanti... lega ... azab pertama dah selesai.

Aku ada beberapa topik nak dikembangkan plotnya. Tapi untuk projek kedua ni aku nak watak utamanya perempuan. Kisah pasal perempuan pulak. Aku bagi tempoh 2 bulan untuk buat reference dan buat bibliography then baru start menulis. Rangka plot aku kena buat dulu sebelum tu. Rasanya dalam bulan 6 akan siap my second manuskrip. Cadang nak hasilkan 2 manuskrip setahun. Macam tamak pulak tapi kalau dibiarkan sahaja sayang pulak. Baik aku tulis dan baiki skil penceritaan aku.

Apa pun segalanya bergantung pada manuskrip pertama aku tu lah. Tak tahulah camner kan. Rasanya aku dah bagi seluruh jiwa aku. Ada part yang aku nangis gak ( berlinangan air mata) aku kena bacanya dalam bilik, kalau tak nanti si Yana gelakkan aku heheheh ...

Aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang membantu aku menyiapkan manuskrip pertama aku ini. Ada yang bagi idea secara tak langsung, ada yang komen part tertentu dan sanggup bersengkang mata baca draf-draf yang terdahulu. Kalau pada awalnya macam kering jer emosinya kini dah adalah pembaharuan hahahah ... Mungkin akan lebih baik di masa hadapan.

Doakan aku ya!

Wednesday, November 08, 2006

Akhirnya

AKHIRNYA

Semalam petang barulah surat itu sampai ke tangan aku. Itu pun sebab setiap masa aku call HR ada ke tak surat tu di sana. Bila depa kata baru sampai, aku menapak ke HR macam mencemar duli pulak. Sebab banyak kali aku suruh staf pergi hasilnya hampa.

Maka bermulalah episod mengedit semula, menambah dan menambah. Sue tu very good in editing. Maklumlah seorang lecturer yang amat teliti dan 'perfectionist'. Dia boleh tahu kalau ada ayat yang tak kena, ada tanda bacaan yang salah, tak indent ect. Puihhhh banyak menyenangkan hidup editor aku nanti. Thanks!

Maka malam semalam aku 'stayback' sampai pukul 11.30 di ofis. Memang perit nak menyiapkannya. Inilah cabaran untuk aku mula bertapak. Tak apalah nanti bila sudah kenal sepak terajangnya tahulah kan?

Malam tadi juga my mum balik dari Tanah Jawa. Mula-mula mak cakap kenapa tak call dia sebelum dia fly. Hehehe aku call jer dia dah tak ada. Macamanalah nak call kan? Mesti sepanjang perjalanan tu dia terkilan sebab bila aku call hanya Yana yang jawab. Dapat berbual dengan mak sekejap malam tadi sebabnya biasalah "Hujan kat sini ... hehehe entah kan ya entahkan tidak ...atau sebab dia takut bil telefon aku melambung hahahah ."

Bila aku call mak terdengar suara my dad, sukalah dia my mum dah balik ada kawan nak merajuk-rajuk hahaha. Kalau tak bila aku call rumah tu, sepatah tanya sepatahlah yang dijawabnya.

Tuesday, November 07, 2006

Surat

SAMPAI ESOK!

Tengah menanti bungkusan surat dari Kedah. My friend hantar 'manuskrip' yang telah diedit itu melalui pos yang pada taglinenya pasti sampai esok. Rupanya 'esok' tanpa noktah dan kita hanya boleh call mereka semula bila dah 10 hari terlewat. Hehehe bestkan camtu! Kalau camtu baik gunakan 'snail mail' biasa sahaja. Walaupun selalunya tiada masalah, bila perkara itu sangat-sangat diperlukan tidak pula kunjung tiba.

Sekarang ni rasa amat penat di ofis. Entah lah apa nak jadi dengan aku ni. Nak kata tak cukup rehat dah seminggu berhari raya di kampung. Semenjak minggu lepas dapat sms daripada kengkawan yang kena pelbagai penyakit takut juga. Berdoalah sahaja kan ...

Siapkan payung sebelum hujan. Beli insurance perlindungan diri. Kadang kita tak tahu apa yang bakal menanti di depan sana. "Blank point" ...

Monday, November 06, 2006

Kuini

MUSIM KUINI LURUH

Mangga kuini luruh, tidak termakan. Ada yang aku bawa ke ofis dan bagi sesiapa sahaja yang sudi memakannya. Yang lain buruk macam tu sahajalah. Tak larat nak makan. Kali ini buahnya agak lebat. Setelah menanti 30 tahun barulah pokok-pokok kuini tersebut berbuah. Kalau dia berbuah time kami kecil dulu alangkah indahnya.

Mum still di tanah Jawa, terbang ke sana pada hari Jumaat malam minggu lepas dan akan pulang esok malam. Kerap juga mak melawat saudara mara di sana. Dia pergi menemankan nenek dan tiket disponsor oleh Uncle. Semalam bila balik ke kampung, bila mak tak ada bapak pun macam 'boring' sahaja. Dia ajak aku jalan-jalan ke pekan. Beli makanan ikan, pergi ke Sekinchan sebab cadang nak belikan abah sepasang ayam Turkey tapi ayam yang kami tempah tak sampai-sampai. Saja nak buatkan abah sibuk. We all pergi mengeteh bersama dan abah mintak aku betulkan motor dia yang rosak. Tak nak dia rasa bosan duduk di rumah. Lagi pun angsa keluarga kami telah lama mati. Kalau bela ayam Turkey okey kot. Tak tahulah ayam tu akan kejar tetamu yang datang ke tidak. Si Awang Bersaudara dulu suka sangat sorokkan kasut tetamu yang bertandang ke rumah. Nampak saja kasut yang pelik(bukan kasut tuan rumah) mulalah dia geram dan sorokkan kat sawah. Ayam Turkey kejar orang ke? Yang aku tahu bila dia nampak orang dia akan berbunyi dan mengembangkan bulunya macam merak. Takut pulak kang orang komplen ...Tapi aku nak ayam tu berfungsi sebagai 'alarm' bila orang datang. Maklumlah rumah aku tinggi dan mak bapak aku berdua saja di rumah tu.

Seorang kawan nak belikan aku sepasang burung Budgerigar. Tapi aku akan letakkan di kampung buat peneman my dadlah. Sekarang ni pun akuarium aku my dad yang tolong jaga. Bagi makan ikan-ikan tu semua.

Friday, November 03, 2006

Buat UST

BUAT UST

Pembaca DJW yang di kasihi. Hari ini kawan kita Cik UST ni akan menghadiri satu temuduga maha penting dalam hidup dia. Bukan ada orang nak meminang dia, atau dia risau sebab bakal pengantin lelaki tak tahu arah jalan nak ke rumah dia, bukan itu.

Sahabat kita ni akan menghadiri temuduga yang akan melayakkan dia melanjutkan cita-citanya ke peringkat tertinggi. Mohon agar kita semua mendoakan kejayaan padanya. Moga dibukakan hati panel-panel penemuduga memberinya peluang untuk menggenggam cita-citanya. Nanti kita gak yang senang kan ada orang hantar poskad dari overseas lagi.

Buat UST, usah berdebar bila diajukan soalan, penemuduga tu bukan nak menemuduga you jadi bakal menantu dia pun. So belasah je bila menjawab soalan. Maintain ayu all the time, cakap biar jelas macam time you nak jumpa bakal husband you. Kalau tak jelas kang depa tak faham ...

Apapun sama-samalah kita mendoakan kejayaan Cik UST ni. Moga berjaya menggenggam cita-cita yang di idamkan. Nanti , 3 tahun dari sekarang kena panggil Dr.UST! InsyaAllah ...

Thursday, November 02, 2006

Perpisahan

PERPISAHAN

Petang tadi masa nak Maghrib dan aku tengah cuci muka, di TV9 siarkan lagu yang tengah aku dok nanti. Dengan mata pedih tu capai kertas dan pen cubalah tulis bait-bait lirik lagu "Perpisahan" Anuar Zain nih. Memang ada runut lagu untuk filem ini. Tapi hanya ada 2 lagu baru termasuk lagu Anuar. Rasa macam tak berbaloi pulak nak beli kaset dia tu.

Perpisahan

Kumengerti
Perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih
yang kau telah memberi
Tiada lagi bersama.

Sering kali benar
Terlihat kau
Impian terindah bersulam bahagia
Kuharungi hari demi hari
Bersama wajah
tak mungkin akan kembali
Tapi hati
Masihkah menerima
Ditinggalkan sengsara.

Keraguan ini
Bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini
Adalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku
Aku kehilanganmu ...
Ohh ...

Masih tercari-cari
Keraguan ini
Bukanlah padaku
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku
Kehilanganmu ...

Anuar Zain

Well maybe ada bait yang tersilap. Maklumlah mata I terpejam masa menulis lirik lagu ni. Carik kat internet tak dapat pulak. Bukankah zaman ini semua benda yang tiada di Internet dianggap tidak wujud? Cuba you all taip nama sendiri kat google pasti nama you ada tertera di situ siap dengan alamat dan no tel lagi. Kalau yang tak ada tu heheheh maaf cakaplah yang memang anda 'tak wujud' di alam realiti heheheh ...

Well my bos ada projek baru yang di dok suruh nak buat, of coursela projek tergempar. Next week pada 9 hb dah buat appointment nak hantar manuskrip. I dah tak terdaya nak tidur termimpi-mimpi kisah Azrul dan Kamarul itu. Mahu gila nanti hinggakan ada scene yang buat aku terbayang-bayang selalu. Entahlah kalau nak kata puas, sampai bila pun tak akan puas. Aku nak put a stop kat manuskrip ini dan concentrate projek penulisan yang ke dua pula.

Wednesday, November 01, 2006

Biasa

SEINDAH BIASA

Hari ini sudah memulakan tugas semula. Semalam dapatlah berjumpa 2 orang sahabat dari UUM itu. Tak sempat nak komen pun manuskrip I tu. Sembang hal lain. Dapat idea baru untuk projek penulisan yang baru. Aduh ... yang satu pun belum final sudah dapat idea baru untuk di tulis. Rasa dia memang tidak boleh di tahan-tahan.

Mungkin inilah dilemma yang harus kita hadapi. Tapi kita perlu fokus pada satu-satu tugasan dulu. Makanan di food court di Alamanda tu tidak best langsung. Tenpanyaki dia tak sesedap di Mid Valley. Rasa daging dia tak freshlah . Rasa nak komplen saja.

Dari semalam tunggu lagi "Perpisahan" Anuar Zain di TV9 tapi tak muncul-muncul lah pulak. Geram betul.